'Sedulang Bersama Ayah' rapatkan jalinan 24 keluarga, semangat kejiranan penduduk Brickland
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Saling merapatkan hubungan silaturrahim antara keluarga dan sesama jiran tetangga sambil menikmati juadah yang disajikan di atas dulang.
Itulah yang dapat dilakukan 24 keluarga memerlukan yang menyertai satu sesi iftar pada Ahad (31 Mac).
Mereka merupakan penghuni flat sewa dalam kawasan Brickland.
Sesi berbuka puasa itu diadakan di bawah inisiatif 'Sedulang Bersama Ayah' anjuran Bapa Sepanjang Hayat (BSH) dengan sokongan M³@ Chua Chu Kang, Mendaki, NTUC dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).
Mereka yang hadir turut menerima habuan berupa barangan keperluan asas seperti beras dan minyak yang disumbangkan HPB.
Acara tahunan yang dilancarkan sejak 2017 itu dahulunya disertai para relawan sahaja, namun kini diperluaskan kepada masyarakat.
"Ini adalah tahun kedua kita berkolaborasi bersama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Brickland. Alhamdulillah, kita dapat mengumpulkan sebanyak 24 keluarga dalam sekitar 150 orang," kata Relawan Bapa Sepanjang Hayat, Encik Surafian Suhaimi kepada wartawan Nurfazirah Azman.
Acara itu dijayakan dengan hasil sumbangan dana daripada masyarakat.
"Kita mendapat sumbangan daripada masyarakat melalui dalam talian. Kita mula mengumpulkan dana sejak bulan sebelum Ramadan untuk menjalankan acara ini," kongsi Encik Surafian.
Menurutnya lagi, acara tersebut juga membangkitkan semangat gotong royong dan memperkukuhkan ikatan dalam kalangan relawan.
"Acara ini penting kerana ini peluang bagi bapa dan anak untuk berbuka puasa bersama. Relawan-relawan dari Bapa Sepanjang Hayat juga berpeluang untuk berkumpul dan bergotong-royong menjalankan aktiviti kemasyarakatan ini," ujar Encik Surafian.
PELUANG BAGI PENDUDUK SALING KENAL MENGENAL
Sambil menjamu selera hidangan nasi minyak, para penduduk berpeluang beramah mesra dan saling kenal mengenali antara satu sama lain.
"Semangat bersatu dan bermasyarakat jadi saya boleh tunjukkan kepada anak saya, anak-anak saya yang datang bersama saya lima orang dengan isteri, semangat berjiran kerana sekarang susah mahu dapatkan jadi sekali sekala jika ada acara seperti ini kami akan selalu sertai," kata salah seorang penduduk yang menyertai acara itu, Encik Khairunudin Samsudin.
Seorang lagi peserta, Encik Muhammad Rashid Abu Bakar juga bersyukur dapat meluangkan masa bersama keluarga.
"Saya sangat berbesar hati kerana dapat makan bersama dengan anak dan isteri saya bersama jiran-jiran di dalam blok yang sama dengan saya dan eratkan silaturahim dengan jiran-jiran semua berkenal-kenal. Yang tidak kenal boleh berkenalan," kata Encik Muhammad Rashid.
Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang Encik Zhulkarnain Abdul Rahim yang turut menyertai acara iftar bersama itu berharap para penduduk yang mengambil bahagian akan memanfaatkan pelbagai kegiatan yang dikelola M³@Chua Chu Kang.
"Saya harap ini akan menjadi satu batu loncatan bagi mereka untuk mereka bukan sahaja menerima habuan ataupun menjadi penerima dalam upacara seperti ini tetapi juga menjadi sesuatu wadah bagi mereka menyumbang bakti melibatkan diri dan melibatkan diri dalam aktiviti yang kita adakan di M³@Chua Chu Kang," kata Encik Zhulkarnain.
Melangkah ke hadapan, GRC Brickland berharap dapat melancarkan beberapa lagi program bagi keluarga-keluarga yang disokong itu.
"GRC Brickland berbesar hati dapat menyebarkan semangat Ramadan sebagai sebuah masyarakat. Dengan jalinan ikatan yang erat, kami berharap dapat berkumpul secara berkala dengan program yang bermakna seperti pementoran untuk kanak-kanak ini.
"Pada masa akan datang, kami juga akan melancarkan inisiatif celik digital untuk memperkasa dan menyediakan peluang untuk keluarga-keluarga ini membina rangkaian," kata Penasihat akar umbi GRC Brickland, Encik Don Wee Boon Hong.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.