Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sedih, penuh kenangan: Sambutan Hari Kebangsaan terakhir Presiden Halimah Yacob

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Aug 2023 10:08PM Dikemas Kini : 10 Aug 2023 07:24AM

SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Padang pada 9 Ogos adalah yang terakhir dihadiri Puan Halimah Yacob selaku Presiden.

Puan Halimah, 68 tahun, berkongsi ulasan beliau kepada pihak media selepas menghadiri acara penuh emosi itu bersama 27,000 penonton dan 24,000 peserta yang menjayakan perbarisan tahun ini.

"Saya rasa NDP mempunyai satu keistimewaan iaitu ia memberikan satu macam perasaan kepada semua rakyat Singapura."

"Saya rasa bukan saya sahaja, pada diri saya, tetapi semua rakyat Singapura rasa bahawa mereka bersama dalam usaha ini untuk sama-sama merayakan kemerdekaan Singapura dan juga kemajuan yang telah dicapai Singapura," kata Puan Halimah.

"Dan dalam perasaan satu hati itu, saya rasa timbul juga perasaan bahawa kita mahu terus berusaha untuk memajukan Singapura lagi."

Puan Halimah adalah presiden wanita pertama Singapura. Pada Mei lalu, beliau mengumumkan tidak akan bertanding di Pilihan Raya Presiden selepas penggal enam tahunnya berakhir pada 13 September.

"Saya rasa ini satu perasaan yang amat unik. Dan selama enam tahun dan sebelumnya bila saya melihat NDP di kaca TV ataupun sebagai dalam aspek lain juga, sesuatu yang, perasaan yang tidak dapat dibayangkan. Sesuatu perasaan yang amat baik," tambahnya.

Sumber : CNA/NA/RR/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan