Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sebuah unit kediaman di Balestier Road terbakar

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebuah unit kediaman di Balestier Road dijilat api pada Selasa (28 Jun) dengan sekitar 10 orang dipindahkan dari bangunan tersebut. 

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kebakaran di 529 Balestier Road itu pada kira-kira 2.00 petang. 

Kepulan asap tebal dilihat keluar dari unit di tingkat satu itu apabila pasukan SCDF tiba.

Pegawai bomba dari stesen Pusat dan Bishan menggunakan alat pernafasan dan memasuki unit tersebut menerusi pintu depan dengan membawa jet air, kata SCDF dalam catatannya di Facebook. 

"Untuk mempercepatkan operasi memadamkan api, pegawai bomba memecahkan tingkap dan mengeluarkan beberapa barang dari unit tersebut untuk memudahkan  pegawai bergerak dengan selamat di dalam unit tersebut," tambah SCDF. 

Unit itu mengandungi barangan seperti kipas, lampu, perabot tandas dan perabot rumah yang lain. 

SCDF menyatakan kebakaran menjejas bahagian belakang unit tersebut dan dipadamkan menggunakan dua jet air. Api berjaya dipadamkan dalam masa dua jam. 

Seramai 10 orang sudah keluar meninggalkan tempat itu sebelum pegawai bomba tiba, menurut SCDF, sambil menambah bahawa tiada kecederaan dilaporkan. 

Punca kebakaran masih disiasat. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan