Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sebuah pasukan kepimpinan dengan kekuatan yang saling melengkapi - Goh Chok Tong mengenai Heng Swee Keat dan Chan Chun Sing

Dalam komen pertama beliau mengenai pelantikan Menteri Kewangan Heng Swee Kiat selaku Penolong Setiausaha Agung Pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP), Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong mengatakan bahawa Heng dan Encik Chan Chun Sing, mempunyai kekuatan yang saling melengkapi.

Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah pasukan kepimpinan dengan kekuatan yang saling melengkapi - Goh Chok Tong mengenai Heng Swee Keat dan Chan Chun Sing

ESM Goh dalam satu wawancara bersama Mediacorp di Istana pada 26 Nov 2018. (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 27 Nov 2018 07:02PM Dikemas Kini : 27 Nov 2018 07:05PM

SINGAPURA: Dalam komen pertama beliau mengenai pelantikan Menteri Kewangan Heng Swee Kiat selaku Penolong Setiausaha Agung Pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP), Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong mengatakan bahawa Heng dan Encik Chan Chun Sing, mempunyai kekuatan yang saling melengkapi.

Encik Heng memilih Encik Chan sebagai timbalannya sebaik sahaja dipilih selaku 'ketua' pemimpin generasi keempat (4G). Encik Chan turut dipilih sebagai Penolong Setiausaha Agung Kedua PAP.

Bercakap kepada Mediacorp pada Isnin (26 Nov) untuk membincangkan tentang buku biografinya berjudul Tall Order, Encik Goh menekankan bahawa kekuatan Encik Heng adalah dalam bidang pemerintahan atau tadbir urus. Namun demikian beliau "belum cukup terdedah kepada penggemblengan rakyat" menerusi PAP, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persatuan Rakyat, kata ESM Goh.

"Encik Chan Chun Sing memiliki pengalaman tersebut," tambah Encik Goh.

Mantan perdana menteri itu mengiktiraf bahawa Encik Chan mungkin mempunyai "pengalaman mengendalikan beberapa kementerian, tetapi kekuatannya sejauh ini adalah dalam bidang-bidang yang memerlukan pengerahan tersebut".

"Oleh itu, mereka berdua berfungsi dengan amat baik, mereka saling melengkapi satu sama lain," menurut Encik Goh.

Komen-komen Encik Goh dibuat beberapa hari selepas Encik Heng dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung Pertama PAP, satu langkah yang mengisyaratkan bahawa Menteri Kewangan itu adalah calon utama yang akan menggantikan Encik Lee Hsien Loong sebagai Perdana Menteri.

Komen-komen Encik Goh juga sejajar dengan yang disuarakan PM Lee, bahawa kedua-dua penolong setiausaha agung itu "melengkapi kekuatan masing-masing dan merupakan pasangan yang kuat".

Ditanya sama ada beliau berasa bahawa para pemimpin 4G membuat pilihan mereka untuk kepimpinan baru PAP berdasarkan faktor saling melengkapi antara Encik Heng dan Encik Chan, Encik Goh menolaknya.

"Ia tidak begitu," katanya.

"Para menteri dan pemegang jabatan yang memutuskan siapa yang seharusnya menerajui pasukan itu. Jadi, Encik Heng dipilih sebagai ketua, dan Encik Heng, pada pendapat saya, sangat bijak mahu melengkapi dirinya."

Dalam wawancaranya bersama Mediacorp, Encik Goh ditanya sama ada keputusan terakhir parti itu untuk menyokong Encik Heng bahkan ditangguhkan, kerana penyakit angin ahmar yang dialaminya pada Mei 2016.

"Saya rasa begitu", katanya. "Saya rasa jika beliau tidak mengalami angin ahmar, mereka mungkin mencapai keputusan lebih awal, mungkin sekitar enam hingga sembilan bulan lebih awal.

MEMAHAMI PERUBAHAN KEPIMPINAN

Isu-isu jangka waktu bagi perubahan kepimpinan PAP juga diutarakan oleh Encik Goh sendiri, khususnya dalam komen awamnya di Facebook pada malam Tahun Baru tahun lalu.

Ketika itu, Encik Goh menulis: "Satu cabaran penting saya ingin lihat selesai adalah kepimpinan generasi keempat.

"Setiap proses penggantian pemimpin adalah berlainan, tetapi satu perkara kekal sama: Setiap kohort perlu melantik seorang daripada kalangan mereka, untuk menyokongnya. Saya berharap kohort sekarang akan melakukan demikian dalam masa enam hingga sembilan bulan.

"Setelah itu PM akan secara rasminya melantik pilihan mereka sebagai pengganti berpotensi sebelum penghujung 2018."

Apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk campur tangan pada masa itu, Encik Goh mengutarakan mengenai pengalaman politiknya dahulu, di mana beliau diperkenalkan kepada "urusan penggantian kepimpinan", pertama untuk memperkenalkan calon-calon kepada politik, dan selepas itu menguruskan peralihan antara pemimpin.

Encik Goh menambah bahawa menerusi tinjauannya, berdasarkan niat PM Lee untuk melepaskan jawatan sebelum usia 70 tahun, perubahan kepimpinan "mengambil masa lebih lama" ketika itu.

Meskipun begitu, dengan parti sudahpun membuat keputusan, Encik Goh berkata: "Saya amat gembira bahawa mereka sudah mengambil keputusan untuk memilih para pemimpin. Tentu sekali, calon-calon semua amat bagus, setiap calon amat baik.

"Tetapi mereka adalah sebuah pasukan di bawah Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Jadi sekarang mereka perlu menjadi pasukan di bawah pemimpin baru pula." 

Sumber : CNA/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan