Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sebuah gerai terbakar di Pusat Penjaja Changi Village

Orang ramai membantu memadamkan kebakaran yang tercetus di Pusat Penjaja Changi Village pada Khamis (30 Apr) pagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah gerai terbakar di Pusat Penjaja Changi Village

Kebakaran di pusat penjaja Changi Village pada 30 Apr 2020 (Gambar: Petikan video Facebook/Patrick Lean)

Diterbitkan : 30 Apr 2020 02:39PM Dikemas Kini : 30 Apr 2020 02:40PM

SINGAPURA: Orang ramai membantu memadamkan kebakaran yang tercetus di Pusat Penjaja Changi Village pada Khamis (30 Apr) pagi.

Sebuah video yang dimuat naik di Facebook menunjukkan asap dan api yang besar menyelubungi sebuah gerai di pusat penjaja itu, sementara seorang lelaki kelihatan cuba memadamnya menggunakan pemadam api.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kebakaran di 2 Changi Village Road itu pada sekitar 7.45 pagi.

Kebakaran itu "dipadamkan oleh orang ramai menggunakan sekitar 10 pemadam api sebelum SCDF tiba," tambahnya.

Pemindahan tidak perlu dilakukan. Seorang individu didapati mengalami masalah pernafasan namun enggan dibawa ke hospital.

Punca kebakaran sedang disiasat.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan