Sebilangan pesakit SG pilih jalani terapi sel stem untuk lutut di Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock/Sorapop)
SINGAPURA: Apabila imbasan tahun lalu menunjukkan kerosakan ketara pada rawan (cartilage) lututnya, Encik Johnny Lam mula mencari penyelesaian.
Selama beberapa tahun, Encik Lam yang berusia 58 tahun itu mengalami kesakitan dan bengkak pada kedua-dua lutut tetapi keadaan ini semakin tidak tertanggung, menyebabkan dirinya rasa perit untuk berjalan dan menjejaskan gaya hidupnya yang aktif.
Rawan berfungsi sebagai kusyen penyerap tekanan antara tulang pada sendi. Apabila tulang rawan rosak, tulang boleh bergesel antara satu sama lain, mengakibatkan kesakitan dan keradangan.
Mengimbas kembali rundingannya dengan doktor di Hospital Besar Sengkang, Encik Lam berkata beliau diberitahu bahawa satu-satunya pilihannya ialah penggantian sepenuhnya bagi kedua-dua lutut.
Bagaimanapun, dengan penggantian biasanya hanya dapat bertahan selama 15 hingga 20 tahun, serta memandangkan usianya yang agak muda, doktor menasihatinya untuk melakukannya pembedahan itu kemudian hari untuk mengelak daripada mendapatkan penggantian kedua.
"Saya tidak boleh menerimanya dan tidak mahu menantikan pembedahan sahaja kerana ia kini amat menyakitkan sehingga terasa sakit walaupun ketika berjalan atau berdiri," katanya kepada Mediacorp.
"Saya bimbang jika ia sangat teruk pada ketika itu, adakah ia akan lebih teruk lagi apabila saya berumur enam puluhan atau tujuh puluhan?"
Terdesak untuk mendapatkan penyelesaian, Encik Lam mula mengkaji tentang rawatan alternatif dan menemui sebuah syarikat Malaysia yang berpangkalan di Selangor, yang memasarkan terapi sel stem.
Menurut lamannya, syarikat itu - Terapi Kanser Antarabangsa & Teknologi Sel Stem (ICT & SCT) - bekerjasama rapat dengan makmal dan doktor yang mempunyai kelulusan tempatan untuk menawarkan perkhidmatan seperti rawatan sel stem kepada pelanggan tempatan dan luar negara.
“Saya ragu-ragu pada mulanya kerana saya tidak tahu jika mereka boleh dipercayai serta mutu rawatan yang diberikan, tetapi selepas bertanya lebih lanjut dan melakukan lebih banyak penyelidikan, saya rasa lebih yakin dan bersedia untuk mencuba,” kata Encik Lam.
Pada Julai tahun lalu, dia ke Kuala Lumpur untuk menjalani terapi sel stem untuk kedua-dua belah lututnya di sebuah klinik swasta.
Rawatan itu melibatkan penuaian sel stem daripada tisu tali pusat yang didermakan, diikuti dengan pengkulturan sel-sel ini di makmal yang diperakui, menurut Encik Lim.
Sel stem adalah sejenis sel yang berpotensi untuk berkembang menjadi pelbagai jenis sel yang mungkin boleh membantu membaiki beberapa bahagian badan.
Sel-sel kultur itu kemudiannya disuntik semula ke dalam rawan lutut yang rosak, di mana ia tumbuh menjadi tisu rawan baharu, tambah Encik Lim.
Pesakit itu, Encik Lam, melaporkan bahawa tempoh itu mencabar tetapi membawa kejayaan.
“Lutut saya mula membengkak beberapa jam selepas suntikan dan ia sangat menyakitkan… sakit berlarutan selama kira-kira tiga hingga empat hari,” katanya.
"Selepas itu, bengkaknya pun surut dan lutut kiri saya rasa baik tetapi lutut kanan saya tetap sakit, jadi saya kembali untuk suntikan kedua pada bulan November untuk lutut kanan saya, dan kali ini, bengkak berlangsung selama seminggu tetapi selepas itu, saya tiada lagi sakit di lutut saya," kata Encik Lam.
"Kedua-dua lutut sudah pulih sekarang, saya boleh menari, berlari dan juga melompat tanpa rasa sakit," katanya sambil menambah dia membayar RM30,000 (S$9,138) secara keseluruhan untuk rawatan itu.
TIDAK DILULUSKAN SEBAGAI RAWATAN BIASA DI SINGAPURA
Encik Lam bukan satu-satunya rakyat Singapura yang melintasi sempadan untuk menjalani terapi sel stem dengan harapan dapat membaiki rawan lutut.
Oleh kerana rawatan ini tidak diluluskan sebagai perkhidmatan klinikal biasa buat masa ini untuk pembaikan tulang rawan di Singapura, beberapa pesakit telah ke klinik swasta di Malaysia untuk mencuba terapi sel stem.
Pesakit-pesakit ini enggan mengambil rawatan sedia ada seperti penggantian lutut sepenuhnya atau pembedahan keretakan mikro, di mana lubang-lubang kecil digerudi di permukaan sendi untuk memberi isyarat kepada badan untuk mencipta tisu baru dalam sendi.
Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC), yang telah melakukan lebih 1,000 prosedur sel stem untuk menjana semula rawan lutut sejak dibuka pada 2007, menyatakan ia melihat secara purata seorang pesakit Singapura setiap tahun.
"Rakyat Singapura mempunyai banyak perkhidmatan perubatan yang baik di Singapura jadi hanya apabila mereka mempunyai sebab tertentu seperti mereka tidak mempunyai pilihan, barulah mereka datang kepada kami," kata pakar bedah ortopedik perunding KLSMC Dr Saw Khay Yong.
Begitu juga, Dr Lim dari ICT & SCT berkata beliau telah menerima lebih banyak pertanyaan mengenai terapi sel stem daripada rakyat Singapura pada tahun lalu.
Daripada empat pesakit yang bercakap dengan Mediacorp yang telah menjalani terapi sel stem di Malaysia, kesemuanya berkata mereka mengalami peningkatan ketara pada lutut mereka selepas rawatan itu.
Encik Tong Peng Cheong, 73 tahun, yang menjalani terapi sel stem untuk lutut kanannya pada 2014 dan untuk lutut kirinya pada 2020 di KLSMC berkata, sakit di kedua-dua lututnya berkurangan selepas dia selesai menjalani rawatan.
Menurut empat pesakit yang bercakap dengan Mediacorp serta Dr Saw KLSMC, terapi sel stem di Malaysia boleh menelan kos antara RM30,000 (S$ 9,138) hingga RM120,000 (S$36,555) bergantung kepada kerumitan kes, sama ada pesakit perlu menjalani pembedahan pembetulan sebelum mengambil suntikan, serta berapa banyak suntikan penggalak yang mereka perlukan.
Pada masa ini, institusi dan klinik penjagaan kesihatan di Singapura dibenarkan menjalankan terapi sel stem untuk pembaikan rawan hanya dalam konteks kajian penyelidikan.
Ini bagi membolehkan lebih banyak data diperoleh untuk semakan lanjut penggunaan sel stem mesenchymal, kata Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai menjawab pertanyaan daripada Mediacorp pada 23 Disember.
Kementerian itu menyatakan ia telah mengkaji semula penggunaan sel stem untuk pembaikan tulang rawan tetapi mendapati "kekurangan bukti yang konsisten" dalam kajian yang diterbitkan untuk menyokong terapi sebagai perkhidmatan klinikal arus perdana.
Pada 2022, Hospital Universiti Nasional (NUH) menjalankan kajian terhadap 440 lutut daripada 392 pesakit dan mendapati kadar kejayaan 80 peratus dalam penggunaan sel stem dalam tempoh dua tahun dan 72 peratus kadar kejayaan berterusan selama 10 tahun, di mana pesakit tidak memerlukan prosedur tambahan.
Rawatan itu melibatkan penuaian sel stem pesakit dari bahagian punggung belakang, diikuti dengan pengkulturan sel-sel ini di makmal. Sel-sel kultur kemudiannya disuntik semula ke dalam rawan lutut yang rosak, di mana ia berkembang menjadi tisu rawan baharu.
Bercakap dengan Mediacorp, Profesor James Hui, yang mengetuai kajian itu, berkata beliau telah dibenarkan oleh MOH untuk terus melakukan rawatan sel stem kultur untuk pembaikan rawan bagi tujuan penyelidikan di NUH.
Profesor Hui, ketua bahagian pembedahan ortopedik hospital, berkata rawatan itu kini terhad kepada pesakit berumur 55 tahun ke bawah tetapi beliau akan membuat pengecualian untuk pesakit yang sangat cergas berumur 56 tahun ke atas.
Beliau menambah bahawa kos rawatan sel stem untuk membaiki rawan lutut di NUH adalah antara S$12,000 dan S$15,000.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.