Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sebilangan peniaga akur penjualan makanan laut sedikit terkesan susuli kejadian tumpahan minyak

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sesetengah pelanggan berkata mereka tidak terlalu bimbang tentang mutu makanan laut di pasar-pasar Singapura menyusuli kejadian tumpahan minyak baru-baru ini.

Sebilangan peniaga ikan bagaimanapun mengatakan, walaupun perniagaan umumnya berjalan seperti biasa, insiden tersebut menjejas sedikit penjualan mereka.

Sukar untuk mendapat ikan tempatan di pasar Yishun itu.

Sebaliknya, kebanyakan bekalannya adalah ikan dari Malaysia dan Indonesia.

Menurut sebilangan peniaga, para nelayan mengelakkan perairan berhampiran Singapura ekoran kejadian tumpahan minyak itu.

Dan ini memberi kesan kepada sesetengah peniaga.

"Kira-kira 30 peratus penjualan terjejas. Kebanyakan ikan kami diimport ke Singapura. Kemungkinan besar, mereka tidak menangkap ikan di kawasan laut ini kerana bimbang tentang tumpahan minyak, akan menjejas mutunya," ujar seorang peniaga ikan.

Kesan tumpahan tersebut yang bermula 11 hari lalu, sudahpun merebak sejauh Johor di Malaysia.

Bagaimanapun, para pelanggan yang kami tinjau nampaknya tidak berasa terkesan.

"Ia mungkin agak tidak meluas dan saya fikir makanan kita datang dari pelbagai sumber. Dan kebanyakan, jika saya tidak salah, kebanyakan ladang ikan kita berada di bahagian utara Singapura. Tumpahan ini menjejaskan kawasan selatan, jadi tidak terlalu dijejas," kata Penasihat Kerjaya Leonard Zuzarte.

Seorang lagi pelanggan, Norazura Mudzafar berkata: "Sebenarnya selepas berita kejadian itu keluar beberapa hari lalu, kami berhenti membeli ikan buat seketika kerana suami saya berkata jangan beli ikan buat sementara. Tetapi akur bahawa Singapura akan membersihkan laut secepat mungkin, kami tidak terlalu bimbang."

Agensi Makanan Singapura (SFA) juga menyatakan bahawa makanan laut yang dijual dalam negara selamat untuk dimakan.

Menurut laporannya, peniaga tempatan hanya membekalkan kira-kira tujuh peratus daripada jumlah makanan laut tahun lepas.

Bermakna, sekitar 4,100 tan metrik adalah hasil tempatan.

Ini berbanding lebih daripada 122,000 tan metrik makanan laut yang diimport pada tahun 2023.
Sumber : CNA/SM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan