Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sebilangan besar pesalah dadah pada mulanya yakin tidak akan ketagih, namun mereka silap: Dr Faishal

Ramai di antara para pesalah dadah yang ditemuinya terjebak dengan gejala sosial itu kerana memikirkan bahawa mereka tidak akan menjadi ketagih.

Anggaran Waktu Membaca:
Sebilangan besar pesalah dadah pada mulanya yakin tidak akan ketagih, namun mereka silap: Dr Faishal

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

SINGAPURA: Sebilangan besar pesalah dadah pada mulanya yakin bahawa mereka tidak akan ketagih dan dadah itu tidak bahaya seperti apa yang dipaparkan online.

Dalam satu catatan Facebook hari ini (16 Mac), Menteri Negara Ehwal dalam Negeri Dr Faishal Ibrahim menyangkal tanggapan itu dan jelas, mereka salah.

Menurut beliau, ramai di antara para pesalah dadah yang ditemuinya terjebak dengan gejala sosial itu kerana memikirkan bahawa mereka tidak akan menjadi ketagih.

Beliau mengingatkan masyarakat tentang bahaya dadah menyusuli penangkapan seorang lelaki 33 tahun yang dipercayai mencederakan dua orang menggunakan pisau cukur di Queenstown baru-baru ini.

Suspek itu mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah.

Menurut polis, siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki berkenaan mendakwa dia terdengar suara dalam kepalanya yang menyuruhnya menyerang orang lain.

Dalam catatannya itu, Dr Faishal menyeru kepada seluruh masyarakat agar berwaspada akan bahaya dadah.

"Sebagai sebuah masyarakat, ayuh kita menjaga satu sama lain bagi mencegah dadah daripada memusnahkan keluarga dan orang-orang yang tersayang," tulis Dr Faishal.

Beliau juga mengingatkan bahawa kajian sudah membuktikan bahawa kesan dadah itu boleh merosakkan otak dan tubuh badan seseorang termasuk belia yang sihat.



 

Sumber : BERITA Mediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa