Sebilangan agensi pemerintah SG mula lakar rancangan susuli dapatan kajian perubahan iklim ketiga
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Calvin Oh
SINGAPURA: Dari memilih bagaimana untuk memastikan kedudukan bangunan hinggalah memutuskan pokok mana untuk dicantas atau ditanam, unjuran daripada kajian serantau terbaharu Singapura mengenai perubahan iklim akan membantu pihak berkuasa dalam rancangan mereka menangani cabaran-cabaran yang wujud akibat pemanasan global.
Kajian Perubahan Iklim Kebangsaan Singapura ketiga yang didedahkan pada Jumaat (5 Jan) menggariskan perubahan yang dijangkakan dalam faktor iklim utama yang boleh diubah seperti suhu, curahan hujan, kelembapan, angin dan paras laut merentasi tiga senario dengan tahap pelepasan karbon yang berbeza-beza.
Di bawah senario terburuk, kajian tersebut memberi gambaran Singapura yang boleh menjadi sangat panas pada kebanyakan hari dan bahang setiap malam, berlatarbelakangkan cuaca hujan dan kering yang melampau.
Sedang ia berusaha untuk mengelak senario sedemikian, pihak berkuasa merancang langkah seterusnya untuk membendung kesan-kesan yang berpotensi timbul akibat pemanasan global.
Pada Jumaat, panel yang terdiri daripada tiga wakil pemerintah daripada Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Lembaga Taman Negara (NParks) dan agensi air negara PUB, bersama seorang pakar sains makanan dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berkongsi pendapat mereka berhubung kajian tersebut di sebuah simposium, di mana keputusan tersebut diumumkan.

Mereka menarik perhatian bagaimana keputusan tersebut akan menjejas huraian yang sedang dilaksanakan dan yang akan datang.
NParks, misalnya, menyentuh tentang data mengenai kelajuan angin, yang dijangka meningkat sehingga 20 peratus menjelang akhir abad itu, dan kesannya terhadap pokok.
"Anda lihat pokok-pokok di taman anda ... jadi kita memerlukannya untuk penyejukan. Tetapi dalam semua kemudahan yang mereka sediakan, mereka juga boleh menyediakan kemudahan yang tidak menyenangkan apabila terdapat ribut besar dan pokok itu jatuh," kata Pengarah NParks pantai dan marin Karenne Tun.
"Jadi kita perlu memahaminya dan bagaimana perubahan iklim boleh memberi kesan kepada sesuatu yang sangat penting bagi Singapura dan bagaimana kita menghalangnya daripada menjadi liabiliti?"
Pengarah jabatan perlindungan pantai PUB Hazel Khoo berkata bahawa kajian itu boleh mengendalikan siasatan terhadap bagaimana kelajuan angin yang lebih tinggi berpotensi memberi kesan kepada meningkatnya kejadian gelombang, menjangkaui sekadar memperincikan purata kenaikan paras laut.
"Itu adalah sesuatu yang sebenarnya akan kami kaji dan kemudian kami akan menggunakan unjuran dan dapatan ini bersama-sama dengan model banjir pesisir pantai kami yang sedang dibangunkan, ia akan memberi kami gambaran terkini mengenai risiko banjir yang timbul daripada kedua-dua hujan serta kenaikan paras laut," jelas Cik Khoo.
Purata paras air laut Singapura akan meningkat di bawah ketiga-tiga senario yang digambarkan dalam kajian itu.
Menjelang akhir abad ini, purata paras air laut akan meningkat antara 0.23 dan 1.15 meter, berbanding tempoh asas dari 1995 hingga 2014. Walau bagaimanapun, kejadian cuaca ekstrim seperti air pasang dan meningkatnya kejadian ribut boleh menyebabkan paras meningkat sebanyak 4 hingga 5 meter.
Ini akan menjadikan 30 peratus daripada tanah Singapura - yang terletak kurang daripada 5 meter di atas purata paras air laut - berisiko ditenggelami air.
Kajian tersebut juga memperincikan curahan hujan yang lebih lebat, yang boleh menyebabkan lebih banyak kejadian banjir - sesuatu juga di bawah bidang kuasa PUB.
Dalam situasi ekstrim lain, cuaca kering yang lebih lama dan berlaku secara berkala yang diramalkan oleh kajian itu juga boleh menjejas bekalan air di Singapura.
"Ini menggesa kami untuk meneliti data ini dengan sangat serius untuk menyemak semula rancangan air kami dalam menyertakan unjuran ini ... supaya kita boleh terus ... memastikan bekalan air yang mampan untuk Singapura pada masa akan datang," kata Cik Khoo.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.