Sebanyak 60% kambing, lembu sudah ditempah untuk korban luar negara SalamSG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 4,000 haiwan termasuk kambing, kambing biri-biri dan lembu sudah ditempah setakat Rabu (13 Mei), bagi ibadah korban luar negara SalamSG bagi Hari Raya Haji tahun ini.
Jumlah tersebut kira-kira 60 peratus daripada jumlah yang disediakan untuk ibadah korban tahun ini.
Daripada jumlah tempahan yang sudah dibuat, 60 peratus adalah tempahan untuk kambing manakala 35 peratus pula tempahan untuk biri-biri dan bakinya untuk lembu.
Tempahan bagi korban luar negara SalamSG boleh dilakukan menerusi 51 masjid dan jemaah boleh memilih antara tiga jenis ternakan — lembu, kambing atau biri-biri yang akan disembelih di Australia.
Tempahan yang sudah diterima itu kira-kira sebulan selepas pendaftaran dibuka pada 9 Mei lalu.
Masyarakat Islam yang masih belum menempah solat dengan masjid-masjid tempatan masih ada sekitar seminggu lagi untuk berbuat demikian sebelum pendaftaran ditutup pada 22 Mei nanti.
Jika dibandingkan dengan tahun lalu, lebih 50 peratus haiwan sudah ditempah kira-kira tiga minggu sebelum pendaftaran ditutup.

47 MASJID MASIH ADA SLOT TEMPAHAN UNTUK IBADAH KORBAN LUAR NEGARA
Menurut pemantauan BERITA Mediacorp di laman SalamSG Korban, 47 daripada 51 masjid yang terlibat masih mempunyai slot tempahan untuk kambing korban.
Setakat 11.30 malam pada Rabu (13 Mei), ada sekitar 2,400 ekor kambing yang masih belum ditempah menerusi masjid-masjid itu.
Empat masjid yang sudah dapat tempahan penuh ialah Masjid Al-Abdul Razak, Masjid Al-Islah, Masjid Al-Mukminin dan Masjid Darul Ghufran.
Bagi tahun ini, harga ternakan kekal hampir sama dengan tahun lalu iaitu S$365 bagi seekor kambing, S$370 bagi seekor anak biri-biri dan S$370 bagi satu pertujuh bahagian lembu.
Seperti tahun lalu, SalamSG juga meneruskan inisiatif bantuan kemanusiaan ke Gaza tahun ini.
Sebahagian daging biri-biri daripada program korban luar negara akan diproses dan dimasukkan ke dalam tin sebelum dihantar kepada masyarakat yang terjejas di sana.
Selain daripada korban luar negara SalamSG, penyembelihan kambing korban juga akan dilaksanakan di tujuh buah masjid tahun ini.
Syarikat The Meat Brothers akan mengendalikan operasi di Masjid Al-Firdaus, Masjid Petempatan Melayu Sembawang, Masjid Pusara Aman dan Masjid Jamae Chulia.
Syarikat Aliyah Rizq Holdings Pte Ltd pula akan mengendalikan khidmat korban di Masjid Omar Salmah, Masjid Tentera Diraja dan Masjid Al-Istighfar.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.