Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sebanyak 240,000 ruang solat disediakan untuk solat Hari Raya Aidilfitri; masjid-masjid tawarkan sehingga tiga sesi solat

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih banyak ruang solat untuk solat Hari Raya Aidilfitri disediakan tahun ini.

Sebanyak 240,000 ruang solat akan disediakan di masjid-masjid dan kawasan kejiranan oleh kumpulan Qaryah.

Jumlah itu sekitar 16 peratus lebih banyak berbanding tahun lalu.

Ini juga disebabkan 68 masjid di Singapura menawarkan sehingga tiga sesi solat.

Secara keseluruhannya, 230,000 ruang solat akan disediakan di masjid-masjid.

Demikian yang didedahkan Majlis Ugama Islam semasa di sidang media yang diadakan pagi tadi (13 Apr).

MUIS menyatakan langkah-langkah itu bagi menampung jumlah jemaah yang dijangka lebih ramai pada 1 Syawal.

Dalam hal itu, Timbalan Ketua Eksekutif (DCE) MUIS, Khairul Anwar Mohamed Abdul Alim berkata, "Masjid-masjid kami sedang sibuk memastikan jemaah dapat menunaikan solat Hari Raya dengan selamat dan selesa. Mengikut pengalaman Good Friday minggu lalu, kami akan tambahkan sebanyak 50,000 ruang solat."

Ruang solat bagi jemaah Muslimah juga disediakan di 61 masjid.

Di samping itu, kumpulan-kumpulan Qaryah akan menganjurkan solat sunat Aidilfitri di 20 kawasan kejiranan.

Ini bermakna, sekitar 10,000 ruang solat tambahan akan disediakan.

"Kami akan sediakan 20 ruang solat di tempat perumahan untuk menampung permintaan tinggi, untuk warga emas dan mereka yang mempunyai pergerakan terhad," jelas Encik Khairul.

TIADA TEMPAHAN DIPERLUKAN KECUALI SESI PERTAMA DI LIMA BUAH MASJID

Para jemaah juga tidak diperlukan untuk membuat tempahan ruang solat kecuali bagi lima masjid untuk sesi pertama. 

Tempahan buat sesi pertama di lima masjid itu diperlukan untuk mengawal pengurusan relawan dan jemaah.

Masjid-masjid itu adalah Masjid Darul Ghufran, Masjid Al-Mawaddah, Masjid Sallim Mattar, Masjid Wak Tanjong dan Masjid Yusof Ishak.

Pengerusi Masjid Al-Mawaddah, Ustaz Firdaus Khan Jamal Khan berkata, "Kami yakin sesi pertama selalunya di mana ramai yang berpusu-pusu ke masjid, jadi dengan adanya tempahan, kami dapat menyalurkan lebihan jemaah kepada sesi kedua dan ketiga untuk keselesaan para jemaah dan memastikan tempat-tempat laluan tidak dihadang"

"Kami harapkan mereka dapat membuat tempahan apabila ia dibuka dan jika tidak dapat menempah slot bagi sesi pertama, masih ada sesi kedua dan ketiga," tambah beliau lagi.

Para jemaah boleh mula membuat tempahan bagi slot solat Aidilfitri di lima buah masjid tersebut pada 10.00 pagi Selasa depan (18 Apr).

68 MASJID TAWARKAN SEHINGGA 3 SESI SOLAT

Daripada kesemua 68 masjid yang menawarkan solat Hari Raya Aidilfitri, 12 daripadanya akan menjalankan tiga sesi manakala 51 lagi masjid di merata negara akan menawarkan dua sesi solat.

Hanya lima masjid akan menawarkan satu sesi solat Aidilfitri.

Bagi masjid-masjid yang menawarkan tiga sesi solat, ia akan diadakan pada 7.15 pagi, 8.45 pagi dan 9.45 pagi.

Masjid-masjid tersebut adalah:
1. Masjid Al-Mawaddah
2. Masjid Darul Aman
3. Masjid Khadijah
4. Masjid Sallim Mattar
5. Masjid Asyafaah
6. Masjid Darul Makmur
7. Masjid Abdul Gafoor
8. Masjid Angullia
9. Masjid Al-Firdaus
10.Masjid Al-Khair
11.Masjid Ar-Raudhah
12.Masjid Assyakirin

Bagi masjid-masjid yang menawarkan dua sesi solat, ia akan diadakan pada 7.15 pagi dan 8.45 pagi.

Masjid-masjid tersebut adalah:
1. Masjid Abdul Aleem Siddique
2. Masjid Al Abdul Razak
3. Masjid Al-Ansar
4. Masjid Al-Islah
5. Masjid Al-Istighfar
6. Masjid Alkaff Kampung Melayu
7. Masjid Al-Taqua
8. Masjid Darul Ghufran
9. Masjid Haji Mohd Salleh(Geylang)
10.Masjid Kampung Siglap
11.Masjid Kassim
12.Masjid Khalid
13.Masjid Mydin
14.Masjid Wak Tanjong
15.Masjid Abdul Hamid (Kg Pasiran)
16.Masjid Ahmad Ibrahim
17.Masjid Al-Istiqamah
18.Masjid Alkaff Upper Serangoon
19.Masjid Al-Muttaqin
20.Masjid An-Nahdhah
21.Masjid An-Nur
22.Masjid En-Naeem
23.Masjid Haji Yusoff
24.Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau
25.Masjid Muhajirin
26.Masjid Petempatan Melayu Sembawang
27.Masjid Yusof Ishak
28.Masjid Al-Abrar
29.Masjid Al-Amin
30.Masjid Al-Falah
31.Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer)
32.Masjid Hajjah Fatimah
33.Masjid Jamiyah Ar-Rabitah
34.Masjid Kampong Delta
35.Masjid Mujahidin
36.Masjid Omar Kampong Melaka
37.Masjid Sultan
38.Masjid Tasek Utara
39.Masjid Bencoolen
40.Masjid Malabar
41.Masjid Ahmad
42.Masjid Al-Huda
43.Masjid Al-Iman
44.Masjid Al-Mukminin
45.Masjid Darussalam
46.Masjid Hang Jebat
47.Masjid Hasanah
48.Masjid Hussain Sulaiman
49.Masjid Maarof
50.Masjid Pusara Aman
51.Masjid Tentera Di Raja

Bagi masjid-masjid yang menawarkan satu sesi solat, ia akan diadakan pada 8.45 pagi.

1. Masjid Omar Salmah
2. Masjid Moulana Mohd Ali
3. Masjid Jamae Chulia
4. Masjid Jamek Queenstown
5. Masjid Temenggong Daeng Ibrahim

Dalam pada itu, MUIS juga menggalak masyarakat Muslim tempatan agar mempertimbangkan untuk menunaikan solat Aidilfitri di masjid-masjid yang kurang sesak pada pagi Hari Raya.

Menurut MUIS, 13 masjid tersebut adalah Masjid An-Nahdhah, Masjid Muhajirin, Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau, Masjid Abdul Hamid, Masjid Omar Salmah, Masjid Al-Muttaqin, Masjid Al-Huda, Masjid Hussain Sulaiman, Masjid Hang Jebat, Masjid Ahmad, Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, Masjid Tentera Di Raja dan Masjid Al-Amin.

MUFTI NEGARA GESA MASYARAKAT TIDAK HILANGKAN NILAI-NILAI YANG DIRAIH SEMASA PANDEMIK

Semasa menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir juga menekankan kepentingan untuk menjaga keselamatan para jemaah sepertimana yang dilakukan semasa pandemik COVID-19.

Menurut beliau, segala pengajaran yang diraih semasa pandemik COVID-19 tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja tetapi perlu terus diamalkan.

Dr Nazirudin berkata, "Kami bersyukur atas keprihatinan dan semangat masyarakat Islam Singapura untuk meneruskan kehidupan beragama dalam suasana pasca pandemik, khusus dalam memakmurkan masjid-masjid kita dan memelihara kesejahteraan dan kemakmuran bersama."

"Ini di antara pengajaran utama pada tahun-tahun sudah di mana masyarakat tidak memisahkan tanggungjawab agama dan memelihara keselamatan satu sama lain," jelas Dr Nazirudin.

Solat Aidilfitri, yang menurut Dr Nazirudin mencerminkan kemuncak kesucian kerohanian masyarakat Muslim, memerlukan masyarakat untuk juga bekerjasama dengan masjid-masjid, sukarelawan dan para pegawai masjid, yang menyediakan ruang yang selamat dan selesa untuk menunaikan solat.

"Saya menyeru masyarakat untuk membuat perancangan awal agar solat Hari Raya dapat ditunaikan dengan amalan tanggungjawab bersama dan memelihara ruang awam daripada menimbulkan masalah kepada orang lain."

"Solat Hari Raya merupakan ibadat sunat yang mulia dan penting dalam agama tetapi pada masa yang sama, nilai-nilai seperti mengelakkan kemudaratan kepada orang lain, menjaga kesejahteraan adalah nilai-nilai yang sangat asas dan penting dalam agama kita. Agama tidak pernah memisahkan ibadat-ibadat yang dikerjakan dan nilai-nilai yang menyokong ibadat tersebut sebagai keselamatan bersama dan tanggungjawab sosial," kata Dr Nazirudin.

Bagi para pekerja hijrahan di dormitori pula, MUIS dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bekerjasama dengan para pengendali dormitori untuk menganjurkan sesi solat Aidilfitri di dormitori atau pusat rekreasi bagi menyediakan lebih banyak ruang solat dan dan pilihan buat mereka.

Ini juga akan mengurangkan kesesakan yang dijangkakan di 12 masjid yang menyampaikan khutbah dalam bahasa Bengali dan Inggeris.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan