Sebahagian jejak Taman Telok Blangah Hill ditutup buat kerja pembaikan sehingga 2026
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Nparks)
SINGAPURA: Beberapa bahagian tertentu bagi jejak di Taman Telok Blangah Hill akan ditutup sepanjang dua tahun akan datang buat kerja-kerja pembaikan.
Ini disebabkan hujan lebat yang berpanjangan pada 28 Februari 2023, sekali gus mengakibatkan tanah pada cerun bukit itu runtuh di laluan Forest Walk taman tersebut.
Demikian menurut Lembaga Taman Negara (NParks) semasa memberi respons kepada pertanyaan Mediacorp pada Isnin (22 Apr).
NParks menutup laluan Forest Walk itu buat pertama kalinya pada 1 Mac 2023, selepas dimaklumkan tentang kejadian tersebut pada pagi hari itu.
Atas sebab-sebab keselamatan orang awam dan untuk memudahkan kerja pembaikan di kawasan itu, NParks menyatakan ia sudah menutup bahagian barat laluan Forest Walk dan Earth Trail untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan sehingga akhir Julai 2026.

"Kerja-kerja tersebut harus dijalankan untuk menstabilkan dan mengukuhkan asas laluan bertingkat itu. Kami akan menanam tumbuh-tumbuhan yang sesuai selepas kerja-kerja menstabilkan cerun bukit selesai," tambah NParks.
Selama ia ditutup untuk enam bulan, pengunjung ke taman itu boleh menggunakan pintu masuk alternatif sepanjang Telok Blangah Heights ketika berada di Southern Ridges.
Sebagai sebahagian daripada rutin penyelenggaraan, NParks sering menjalankan pemeriksaan di kawasan berhampiran cerun bukit taman tersebut.
NParks mengingatkan orang awam untuk mengelak daripada masuk ke dalam taman, hutan simpanan dan kawasan hutan ketika dan sejurus selepas cuaca buruk, dan mencari perlindungan di tempat berteduh yang berdekatan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.