Sebahagian Hutan Simpanan Bukit Timah ditutup akibat banjir
Para penunggang basikal bukit atau 'mountain bike' prihatin tentang sebahagian Hutan Simpanan Bukit Timah yang terjejas banjir.
SINGAPURA: Para penunggang basikal bukit atau 'mountain bike' prihatin tentang sebahagian Hutan Simpanan Bukit Timah yang terjejas banjir.
Namun para pakar berkata meskipun kawasan itu kini ditutup, ia tetap menjadi risiko keselamatan.
Menurut Lembaga Taman Negara (Nparks), ia memantau dengan teliti keadaan yang banjir semasa hujan lebat.
Ia menambah air bertakung lazimnya surut dalam masa lima hari, bergantung kepada keadaan cuaca.
Laluan berbasikal dalam Hutan Simpanan Bukit Timah terjejas banjir buat berbulan lamanya.
Zon itu terletak di bahagian menuruni bukit yang popular dengan para penggemar basikal.
Sejauh ini, ia sedang menjalani kerja-kerja penyenggaraan dan papan tanda amaran serta laluan alternatif sudahpun dipasang sejak empat bulan lalu.
Para penggemar basikal percaya sistem aliran longkang di kawasan berkenaan tersumbat akibat hujan lebat.
NParks kini sedang mengepam keluar air yang bertakung dan perlu menilai sebarang pelan yang mungkin menjejas hidupan liar dan alam semula jadi sekeliling.
Para penunggang mengelakkan daripada menggunakan kawasan tersebut selepas beberapa kali hampir terjejas dengan pokok tumbang.
Walaupun kerja-kerja sudah dijalankan, Naib Presiden Publisiti dan Media, Persekutuan Berbasikal Singapura, Dominic Loh berpendapat kerja-kerja penyenggaraan lebih meluas diperlukan.
Sementara itu, para pakar berkata banjir berterusan boleh melemahkan tanah dan menyebabkan lebih banyak pohon tumbang.
"Di Amazon, anda ada beberapa bahagian hutan itu yang mungkin berada di bawah air buat berbulan, setahun dan menjadi biasa kepada keadaan sebegitu.
"Jika anda ada hutan yang tidak biasa dengan keadaan sebegitu, jika air lebih tinggi daripada biasa dan kekal berlarutan, semestinya, pokok-pokok itu akan mati kelak," kata Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Nanyang, Shawn Lum.
Namun buat masa sekarang, para penggemar aksi nekad perlu mengelakkan kawasan lecak yang sedang dibaiki NParks.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.