Sebahagian besar tumpahan minyak di beberapa pantai, termasuk Taman East Coast dan Siloso sudah dibersihkan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Meskipun kesan minyak di beberapa pantai di Singapura sudah dibersihkan berikutan tumpahan minyak minggu lalu, Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat pada Khamis (20 Jun) berkata bahawa ia akan mengambil "sedikit masa" sebelum ia dapat bersih sepenuhnya.
Dalam satu kenyataan bersama pada Khamis, pihak berkuasa Singapura menyatakan kerja-kerja pembersihan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) di Taman East Coast berjalan dengan lancar dan "sebahagian besar" minyak di pantai sudah dibersihkan.
Pantai di Tanah Merah juga sudah dibersihkan, manakala pasir berminyak di pantai Pulau Sekijang Bendera (St John's Island), Sekijang Pelepah (Lazarus Island) dan Pulau Kusu, serta sebahagian besar pantai Siloso di Sentosa sudah dibersihkan.
Dalam catatan di Facebook, Encik Chee menarik perhatian terhadap kemajuan yang dicapai dalam kerja-kerja pembersihan, dan berkata: "Buat masa ini, kami beri tumpuan kepada usaha membersihkan tumpahan minyak dan lapisannya dari laut dan di darat, yang boleh dilihat melalui pengawasan dron dan gambar satelit.
"Dalam fasa seterusnya, kami perlu membersihkan baki minyak, seperti minyak yang melekat pada benteng batu...Operasi pembersihan akan mengambil sedikit masa, dan saya ingin memohon orang awam dan perniagaan yang terjejas oleh insiden ini memahaminya."

USAHA PEMBERSIHAN
Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Taman Negara (NParks), Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC), Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA) pada Khamis memberi kemas kini mengenai usaha pembersihan yang sedang dijalankan.
Agensi-agensi tersebut menarik perhatian bahawa meskipun sebahagian besar pantai di Taman East Coast dan Tanah Merah sudah dibersihkan, lebih banyak usaha diperlukan kerana ombak mungkin membawa sisa minyak ke sana.
Kerja-kerja pembersihan pada benteng batu menghadap lagun di pantai Siloso, Sentosa, akan bermula tidak lama lagi. Bagi pantai Palawan dan Tanjong, usaha pembersihan masih dijalankan, dengan lebih banyak tumpuan untuk membersihkannya dirancang selepas pantai Siloso selesai dibersihkan.
"Meskipun pantai dibuka dan perniagaan di pantai tersebut beroperasi seperti biasa, kegiatan laut dan aktiviti renang tidak dibenarkan," tambah pihak berkuasa.
Kerja-kerja pembersihan minyak di Hutan Simpanan Labrador dan Laluan Cooper masih dijalankan selepas penghadang ditempatkan di sana pada Selasa (18 Jun), selain penghadang yang ditempatkan untuk melindungi Berlayer Creek dan Rocky Shore di hutan simpanan itu.
Walaupun pasir berminyak di pantai Pulau Sekijang Bendera, Sekijang Pelepah dan Pulau Kusu sudah dibersihkan, ia akan dipantau bagi sebarang tanda
tumpahan minyak.
Setakat Rabu (19 Jun), tiada kesan minyak dilihat di pantai Changi dan Pasir Ris, namun NEA akan terus memantau bagi sebarang kesan tumpahan minyak, dedah pihak berkuasa.
Begitu juga dengan kawasan sensitif biodiversiti seperti Paya Simpanan Chek Jawa di Pulau Ubin, Taman Pulau Coney dan Taman Pasir Ris.
Kawasan utara Terminal Pasir Panjang sudah dibersihkan sejak Selasa (18 Jun), manakala pembersihan ketara menggunakan jet tekanan tinggi di Pelabuhan 36, iaitu berhampiran kawasan kapal Vox Maxima melanggar Marine Honour, masih dijalankan.
ONE 15 Marina mengekalkan akses terhad kepada kawasan itu sedang kerja-kerja pembersihan dijalankan.
Menurut pihak berkuasa Singapura, ia akan bekerjasama dengan rakan penguasa di Malaysia untuk menangani sebarang kesan tambahan daripada tumpahan minyak itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.