Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sebahagian besar penerbangan SIA ke Jepun, Korea Selatan tidak terjejas dek cuaca buruk

Anggaran Waktu Membaca:
Sebahagian besar penerbangan SIA ke Jepun, Korea Selatan tidak terjejas dek cuaca buruk

Orang ramai menyeberangi jalan ketika salji melanda bandar Toyama di pantai tengah-barat Jepun pada 24 Jan 2023. (Gambar fail: AFP/Jiji Press)

SINGAPURA: Sebahagian besar penerbangan Singapore Airlines (SIA) antara Singapura dan destinasi-destinasi di Jepun serta Korea Selatan tidak terjejas disebabkan oleh keadaan cuaca buruk yang melanda Asia Timur.

Setakat ini, semua penerbangan antara Singapura dan Korea Selatan tidak terjejas.

Demikian menurut jurucakap syarikat penerbangan tersebut pada Khamis (26 Jan) dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp.

Jurucakap itu menambah bahawa penerbangan antara Singapura dan Jepun juga sedang beroperasi seperti biasa, kecuali satu penerbangan dari Osaka ke Singapura yang berlepas lebih lewat daripada yang dijadualkan.

Menurut data dari pemantau penerbangan FlightAware, penerbangan SIA SQ619 ke Osaka tertangguh selama dua jam dan 46 minit pada Rabu (25 Jan).

Syarikat penerbangan tersebut menyatakan bahawa ia akan menyediakan kemas kini mengenai penerbangan-penerbangan yang terjejas, sekiranya ada, menerusi laman web dan halaman media sosial syarikat itu. Ia juga menasihati para pelanggan supaya mengemas kini butiran masing-masing supaya mereka dapat menerima kemas kini tentang status penerbangan mereka.

"Keselamatan penumpang dan anak kapal kami tetap menjadi keutamaan nombor satu kami," kata jurucakap tersebut.

"SIA akan terus memantau keadaan itu dengan teliti dan membuat sebarang penyesuaian, sekiranya perlu."

Suhu bawah sifar dan keadaan berais menjejas sebahagian besar Korea Selatan minggu ini. Beratus-ratus penerbangan yang dijadual berlepas dan menuju ke Pulau Jeju tidak dibenarkan berangkat pada Selasa (24 Jan) disebabkan oleh ribut salji.

Kira-kira 540 penerbangan, temasuk hampir 70 yang ditambah buat sementara waktu oleh pihak berkuasa pengangkutan sebagai respons kecemasan, dijadual berulang-alik Pulau Jeju pada Rabu (25 Jan) saja. Penerbangan tersebut sebilangan besarnya adalah untuk membawa para penumpang kembali ke bandar-bandar Korea Selatan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan