Seatrium setuju bayar AS$110 juta kepada pendakwa raya awam atas kesalahan rasuah di Brazil
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail operasi Seatrium, pada 31 Jul, 2023. (Gambar fail: Facebook/Seatrium)
SINGAPURA: Seatrium bersetuju membayar AS$110 juta (S$141 juta) sebagai sebahagian daripada perjanjian pendakwaan tertunda (DPA) atas kesalahan rasuah di Brazil, menurut Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Rabu (30 Jul).
DPA adalah penyelesaian di mana pihak pendakwa bersetuju menangguhkan tuduhan jenayah terhadap pesalah korporat sebagai ganti mendapatkan persetujuan syarikat untuk mematuhi pelbagai syarat.
AGC menyatakan pendakwa raya awam dan Seatrium mencapai perjanjian itu pada Rabu.
Pendakwa raya awam akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi meluluskan perjanjian pendakwaan tertunda itu.
Ia hanya akan berkuat kuasa selepas Mahkamah Tinggi meluluskannya selepas menentukan ia demi kepentingan keadilan dan syarat-syaratnya adalah adil, munasabah dan berkadar, menurut AGC.
Di bawah syarat-syarat itu, Seatrium perlu membayar penalti kewangan sebanyak AS$110 juta kepada pendakwa raya awam.
"Daripada jumlah ini, sehingga AS$53 juta (S$68 juta) boleh digunakan untuk melunaskan sebarang denda atau penalti jenayah yang dibayar kepada pihak berkuasa di Brazil, atas sebab yang sama seperti fakta yang mendasari kesalahan yang didakwa," menurut AGC.
Seatrium juga perlu menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap program etika dan pematuhan untuk mengelakkan risiko berulang tingkah laku serupa berulang.
Jika ia gagal mematuhi syarat-syarat DPA seperti diluluskan oleh Mahkamah Tinggi, pihak pendakwa raya awam boleh mohon untuk membatalkan perjanjian tersebut.
Sekiranya ia dibatalkan, pendakwa raya awam boleh memulakan prosiding jenayah terhadap syarikat itu berhubung kesalahan didakwa, menurut AGC.
Seatrium dibentuk pada tahun 2023 berikutan penggabungan dua syarikat luar pesisir dan marin utama Singapura - Sembcorp Marine dan Keppel Offshore & Marine (KOM).
Pada Mac 2024, AGC dan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menyatakan bahawa pendakwa raya awam sedang dalam perbincangan dengan Seatrium mengenai DPA tentang dakwaan kesalahan rasuah di Brazil.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.