Skip to main content

Singapura

Sealy, Simmons kata akan penuhi tempahan pelanggan Robinsons meskipun tidak dibayar gedung

Para pelanggan Robinsons yang telah menempah tilam dari Sealy dan Simmons akan menerima barangan tempahan mereka itu, meskipun kedua-dua syarikat itu belum mendapat bayaran dari gedung beli-belah itu, yang sudah pun menjalani proses pembubaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Sealy, Simmons kata akan penuhi tempahan pelanggan Robinsons meskipun tidak dibayar gedung

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 05 Nov 2020 09:50AM Dikemas Kini : 05 Nov 2020 09:52AM

SINGAPURA: Para pelanggan Robinsons yang telah menempah tilam dari Sealy dan Simmons akan menerima barangan tempahan mereka itu, meskipun kedua-dua syarikat itu belum mendapat bayaran dari gedung beli-belah itu, yang sudah pun menjalani proses pembubaran.

Dalam catatan Facebook pada Rabu (4 Nov), Sealy Singapore menyatakan ia akan "memenuhi tempahan yang dibuat oleh para pelanggan yang sudah membuat bayaran penuh kepada Robinsons bagi pembelian katil-katil Sealy dan akan membekalkan dan menghantar tempahan itu kepada para pelanggan Sealy yang dihargai".

Para pelanggan ini akan perlu membayar kos penghantaran sebanyak S$50.

Robinsons mengumumkan pada Jumaat lalu (30 Okt) bahawa ia akan menutup gedung beli-belahnya setelah beroperasi selama 162 tahun dan sudah pun memulakan proses pembubaran bagi dua lagi gedungnya yang tinggal di The Heeren di Orchard Road dan di Raffles City Shopping Centre di North Bridge Road.

"Di atas sebab ini ratusan pelanggan Sealy yang dihargai yang sudah pun membuat bayaran penuh kepada Robinsons bagi katil-katil Sealy, dengan Sealy belum lagi dibayar untuk membekalkan dan menghantarkannya kepada mereka," menurut catatan Facebook tersebut.

Sealy menyatakan ia akan menghubungi para pelanggan bagi mengaturkan penghantaran. Bagi pelanggan yang sudah pun membayar wang cengkeram atau membuat sebahagian bayaran kepada Robinsons, aturan lanjut akan dibuat.

Satu lagi jenama tilam Simmons menyatakan ia akan memenuhi kesemua tempahan pelanggan yang sudah pun membuat bayaran penuh kepada Robinsons, "walaupun Robinsons tidak berupaya membayar Simmons".

Para pelanggan tidak perlu membuat sebarang bayaran tambahan.

"Bagi para pelanggan Robinsons yang sudah pun membayar wang cengkeram atau membuat sebahagian bayaran, Simmons akan menyerap bayaran wang cengkeram atau sebahagian bayaran yang dibuat kepada Robinsons," kata syarikat pengeluar tilam itu.

"Simmons akan menghubungi setiap pelanggan secepat mungkin bagi menasihati anda tentang baki bayaran dan memenuhi tempahan anda secepat mungkin."

Sebanyak 18 aduan dibuat terhadap Robinsons antara 30 Okt dengan 2 Nov oleh para pelanggan yang meminta bayaran balik bagi tilam-tilam yang sudah dibayar namun belum lagi dihantar kepada mereka, menurut Persatuan Pengguna Singapura (Case) pada Selasa (3 Nov).

Pengarah eksekutif Case Loy York Jiun berkata para pelanggan "melaporkan bahawa syarikat pengeluar tilam tidak mahu menghantar tilam kepada mereka kerana Robinsons belum membayar mereka bagi tilam-tilam tersebut".

Sebilangan pelanggan juga diberitahu bahawa "tilam-tilam mereka tidak akan dihantar pada tarikh penghantaran yang dijadualkan", sementara ada yang tidak pasti jika tilam yang sudah dibayar akan dihantar.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita