Skip to main content

Singapura

SDP rancang bertanding di GRC Sembawang dalam Pilihan Raya Umum akan datang

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Parti Demokratik Singapura (SDP) merancang untuk bertanding di GRC Sembawang dalam Pilihan Raya Umum akan datang, dedah pengerusi parti pembangkang itu, Paul Tambyah, pada Selasa (9 Ogos). 

SDP bertanding di kawasan undi tersebut pada 2006 dan 2011. 

"Ramai orang di kawasan itu masih ingat lagi pada SDP dan mereka agak ramah dengan kami," kata Profesor Tambyah, sambil menambah bahawa parti tersebut melakukan lawatan rumah ke rumah sejak tahun lalu. 

GRC tersebut kini diterajui lima anggota daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) - Menteri Kesihatan Ong Ye Kung, Encik Vikram Nair, Dr Lim Wee Kiak dan Cik Poh Li San.

PAP menewaskan Parti Perpaduan Nasional (NSP) dalam Pilihan Raya Umum 2020 setelah meraih undian 67.29 peratus. 

Profesor Tambyah berkata sedemikian kepada wartawan pada penghujung lawatan Hari Kebangsaan SDP di enam kawasan undi, yang berakhir di Kampung Admiralty yang terletak di Sembawang GRC. 

Lima lagi kawasan undi yang dilawat parti tersebut - termasuk setiausaha agung Chee Soon Juan - pada Selasa (9 ogos) adalah kawasan undi di mana SDP bertanding pada pilihan raya sebelum ini. 

Pada Pilihan Raya Umum 2020, SDP bertanding di GRC Marsiling-Yew Tee, SMC Bukit Panjang, SMC Yuhua, GRC Holland Bukit-Timah dan SMC Bukit Batok. 

Parti tersebut tidak memenangi sebarang kerusi. 

Prestasi terbaiknya disaksikan di SMC Bukit Batok di mana Dr Chee meraih undian sebanyak 45.2 peratus dan SMC Bukit Panjang di mana calon pada minit terakhir Profesor Tambyah meraih undian 46.26 peratus. 

Singapura akan mengadakan pilihan raya umum seterusnya menjelang Ogos 2025.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita