Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SDP lancar kempen pilihan raya, rancang tanding di kawasan undi sama dengan GE2015

Parti Demokratik Singapura (SDP) akan bertanding di kawasan undi yang sama seperti pada pilihan raya umum lalu. Demikian menurut setiausaha agung Chee Soon Juan semasa merasmikan kempen pilihan raya parti itu pada Sabtu (23 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
SDP lancar kempen pilihan raya, rancang tanding di kawasan undi sama dengan GE2015

Encik Chee Soon Juan memberi ucapan. (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 23 Feb 2019 10:09PM Dikemas Kini : 23 Feb 2019 10:12PM

SINGAPURA: Parti Demokratik Singapura (SDP) akan bertanding di kawasan undi yang sama seperti pada pilihan raya umum lalu. Demikian menurut setiausaha agung Chee Soon Juan semasa merasmikan kempen pilihan raya parti itu pada Sabtu (23 Feb).

"Dari segi kawasan undi yang kami pertimbangkan, tiada beza daripada kawasan undi yang kami tanding pada 2015 - pastinya bergantung kepada penggarisan semula sempadan yang kami tidak akan tahu hingga lebih hampir pilihan raya," kata Dr Chee kepada para wartawan di Mandarin Orchard.

"Tetapi buat masa ini, kawasan undinya sama dengan beberapa kawasan undi yang kami tandingi pada 2015."

SDP menampilkan 11 calon pada Pilihan Raya Umum 2015 tetapi gagal memenangi sebarang kerusi. Parti itu bertanding di tiga Kawasan Undi Perseorangan - Bukit Batok, Bukit Panjang dan Yuhua - dan dua Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan - Holland-Bukit Timah and Marsiling-Yew Tee.

Pilihan raya umum seterusnya mesti diadakan menjelang April 2021.

Slogan kempen baru SDP adalah “#SDPNOW, The Way Forward", yang menurut Di Chee berdasarkan "visi" parti itu dan "dasar-dasar alternatif" bagi masa depan.

Beliau menambah bahawa SDP kekal berpegang pada keyakinan dan nilai-nilainya.

Beliau turut menjelaskan sebab SDP mula berkempen awal.

"Kalah atau menang pertandingan itu berlaku jauh lebih awal sebelum sembilan hari (berkempen). Oleh itu kami memastikan kami mula awal, kami dapatkan orang-orang baru di sini, datang ke acara ini seawal mungkin... Panggil kami 'kiasu', saya tak tahu, tapi penting untuk kami sebab kami tidak tahu bila piliihan raya akan diadakan. Apabila ia diadakan nanti, sudahpun terlambat," kata Dr Chee.

Beberapa anggota SDP turut naik ke pentas semasa pelancaran itu, termasuk pengerusi Paul Tambyah dan naib pengerusi John Tan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan