Skip to main content

Singapura

SDP fail permohonan mahkamah rayu arahan POFMA berkait kenyataan mengenai bantahan di luar Istana

Parti Demokratik Singapura (SDP) menyatakan pada Selasa (22 Apr) bahawa partinya sudah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi, untuk mengemukakan rayuan terhadap arahan pembetulan yang dikeluarkan ke atasnya pada Jun tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
SDP fail permohonan mahkamah rayu arahan POFMA berkait kenyataan mengenai bantahan di luar Istana

Dari kiri: Siti Amirah Mohamed Asrori, Annamalai Kokila Parvathi dan Mossamad Sobikun Nahar di Mahkamah Negara pada 27 Jun 2024. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 23 Apr 2025 07:38AM Dikemas Kini : 23 Apr 2025 07:39AM
SINGAPURA: Parti Demokratik Singapura (SDP) menyatakan pada Selasa (22 Apr) bahawa partinya sudah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi, untuk mengemukakan rayuan terhadap arahan pembetulan yang dikeluarkan ke atasnya pada Jun tahun lalu.

Arahan pembetulan itu dikeluarkan oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam, di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) berhubung kenyataan parti itu mengenai satu kes melibatkan tiga wanita yang didakwa kerana menganjurkan perarakan di luar Istana tanpa permit.

Dalam satu catatan Facebook pada Selasa, SDP menyatakan ia memfailkan permohonan pemula kepada Mahkamah Tinggi pada Isnin (21 Apr) untuk merayu terhadap arahan pembetulan itu.

Parti itu menambah bahawa mereka mempunyai dua alasan untuk mengemukakan rayuan itu.

"Pertama, kami berhujah bahawa kami tidak membuat kenyataan subjek pertama, yang mana kami dituduh melakukannya," menurut SDP.

"Kedua, kami percaya bahawa Bahagian 3 POFMA - dan secara berkaitan arahan pembetulan yang dikeluarkan di bawah POFMA - adalah pengurangan yang tidak dibenarkan daripada Perkara 14 Perlembagaan Republik Singapura, undang-undang tertinggi di negara kita."

SDP menambah ia mengambil tindakan kali ini kerana tidak mahu "kejadian sama berulang semasa Pilihan Raya Umun sebelum ini".

"Julai 2020 adalah bulan di mana paling banyak arahan pembetulan dikeluarkan dalam sejarah," ia menambah.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita