SDP dikenakan arahan POFMA berkaitan kenyataan palsu kes 3 wanita didakwa anjur perarakan ke Istana
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parti Demokratik Singapura (SDP) diarah untuk menerbitkan notis pembetulan di catatan media sosialnya, selepas ia menerbitkan kenyataan palsu mengenai kes tiga wanita yang didakwa menganjurkan perarakan di kawasan Istana tanpa permit.
"Catatan SDP menyatakan bahawa tiga wanita tersebut didakwa kerana menyokong perjuangan warga Palestin," umum Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).
"Mana-mana individu yang menganjurkan perhimpunan atau perarakan di kawasan larangan yang ditetapkan telah melakukan kesalahan, tanpa mengira punca atau isu yang diperjuangkannya. Kawasan larangan adalah kawasan keselamatan yang sensitif, termasuk Dewan Parlimen dan Mahkamah Agung.”
MHA juga menyangkal dakwaan SDP yang mencadangkan pemerintah, khususnya Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam, mendakwa ketiga-tiga wanita itu kerana mereka meluahkan pandangan yang tidak dipersetujui pemerintah.
“Keputusan untuk mendakwa ketiga-tiga wanita itu bukan disebabkan pandangan yang mereka luahkan, dan ia tidak bergantung kepada sama ada pandangan tersebut selaras atau tidak selaras dengan pandangan pemerintah. Tuduhan itu melibatkan perarakan yang dianjurkan tanpa kebenaran,” dedah MHA.
Kementerian tersebut menambah bahawa keputusan untuk mendakwa ketiga-tiga wanita itu bukan dibuat oleh Encik Shanmugam, namun oleh Pejabat Peguam Negara (AGC), selepas kajian dilakukan terhadap siasatan polis.
ARAHAN POFMA
SDP dikenakan arahan pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA), yang memerlukan parti tersebut menerbitkan notis pembetulan di catatan Facebook dan Instagramnya, serta akses kepada fakta sebenar.
Ia juga diperlukan untuk membuat catatan TikTok baharu disertakan dengan notis pembetulan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.