SDP akan ambil tindakan undang-undang selepas rayuan batalkan arahan pembetulan ditolak
Parti Demokratik Singapura (SDP) menyatakan hari ini (7 Jan) pihaknya merancang untuk mengambil tindakan undang-undang selepas permohonan untuk membatalkan arahan pembetulan terhadapnya ditolak.

Setiausaha Agung SDP Chee Soon Juan dan pengerusi Paul Tambyah berucap di sidang media pada 2 Sep 2015. (Gambar fail: Sarah Yang)
SINGAPURA: Parti Demokratik Singapura (SDP) menyatakan hari ini (7 Jan) pihaknya merancang untuk mengambil tindakan undang-undang selepas permohonan untuk membatalkan arahan pembetulan terhadapnya ditolak.
Arahan pembetulan dikeluarkan terhadap SDP pada bulan lalu di bawah undang-undang kepalsuan online berhubung kenyataan-kenyataan SDP di laman web dan Facebooknya mengenai isu-isu berkaitan pengambilan pekerja.
Kementerian Tenaga Manusia menolak permohonan itu pada Isnin (6 Jan) atas sebab ia tidak berasas.
Dalam kenyataan pasa Selasa (7 Jan), SDP menyatakan kementerian itu "mengelak" dan gagal "menjelaskan" keputusannya.
"Dalam soal menolak permohonan SDP agar arahan pembetulan dibatalkan, MOM gagal menjelaskan asas bagi keputusannya," menurut parti itu. "MOM hanya menegaskan bahawa 'permohonan anda tidak memberi asas mencukupi bagi pembatalan (arahan pembetulan)'."
"Ia bukan jawapan rasional kepada penjelasan SDP yang sudah memberi butiran terperinci - termasuk menganalisa statistik MOM - tentang alasan-alasan bagi kenyataan-kenyataan yang kami terbitkan."
Parti itu menambah, Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo tidak menyangkal "hujah-hujah khusus kami" sambil menyatakan beliau sama ada "enggan atau tidak dapat melakukan demikian".
Ia turut mengkritik Parti Tindakan Rakyat dengan menyatakan parti itu "melemparkan dakwaan terhadap penentangnya tetapi enggan memberi asas atau menyangkalnya dengan data rasmi".
"Rakyat Singapura tidak sewarnya menerima kempimpinan seperti ini."
"YAKIN TERHADAP KES"
Pada Disember, MOM mengarahkan agar Pejabat Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) mengeluarkan arahan pembetulan kepada SDP yang memuat naik dua catatan Facebook serta menerbitkan rencana yang mengandungi "grafik mengelirukan dan kenyataan palsu" mengenai trend pengambilan pekerja dalam kalangan PMET (karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen).
Kementerian itu menyatakan, tiada trend meningkat bagi pemberhentian PMET tempatan seperti yang didakwa SDP.
Dalam kenyataannnya pada Selasa (7 Jan), SDP menyatakan ia "yakin dengan kes kami", sambil menambah bahawa undang-undang berita palsu seharusnya "mempunyai piawai lebih tinggi".
"Menggunakan undang-undang itu untuk mendakwa SDP memuat naik 'kenyataan palsu' adalah satu dakwaan serius," menurutnya. "Enggan menjelaskan dakwaan itu apabila dicabar dengan data jelas menunjukkan sejauh mana kedudukan politik Singapura kian merosot."
"POFMA juga harus mempunyai piawai lebih tinggi, begitu juga Pemerintah.
"Tanpa penjelasan dari MOM, SDP tiada pilihan selain membawa kes ini ke mahkamah," tambahnya.
Sejak POFMA berkuat kuasa pada Oktober, arahan pembetulan juga dikeluarkan terhadap anggota Parti Kemajuan Singapura Brad Bowyer, laman berita alternatif States Times Review dan peguam dan ahli pembangkang Lim Tean.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.