Scoot terpaksa punggah bagasi penumpang dari penerbangan SG-Xi’an gara-gara 'angin kencang luar biasa'
Anggaran Waktu Membaca:

Pesawat di Lapangan Terbang Changi pada 13 Mei 2022. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Sesetengah penumpang Scoot yang sedang dalam penerbangan Singapura-Xi’an tiba di bandar China itu tanpa bagasi mereka pada Jumaat (15 Sep).
Ini kerana syarikat penerbangan itu terpaksa mengeluarkan bagasi-bagasi disebabkan oleh keadaan cuaca.
Pesawat TR134 berangkat dari Lapangan Terbang Changi kira-kira 35 minit lewat daripada yang dijadualkan pada Khamis.
Ia terpaksa "memunggah beberapa bagasi kerana angin kencang luar biasa menjejas prestasi pesawat sebelum berlepas yang dijadual berangkat pada jam 7.10 malam", dedah Scoot semasa menjawab pertanyaan Mediacorp.
Scoot, cabang khidmat penerbangan tambang jimat Singapore Airlines, menyatakan bahawa para penumpang yang terjejas dimaklumkan sebaik sahaja mereka tiba di Xi'an pada sekitar 1.30 pagi pada Jumaat.
Syarikat penerbangan itu menjelaskan bahawa keputusan tersebut diambil disebabkan oleh cuaca ekstrem, dengan tindakan itu merupakan sesuatu yang jarang dilakukan. Ia menambah bahawa bagasi-bagasi yang terjejas dipunggah ke pesawat TR134 yang dijadual berangkat dari Singapura ke Xi'an pada 7.10 malam pada Sabtu.
Scoot bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah penumpang yang terjejas tetapi menyatakan bahawa ia sudah membuat aturan untuk bagasi tersebut dihantar ke tempat penginapan para penumpang.
“Scoot dengan tulus ikhlas memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan kami, dan kami akan terus membantu pelanggan yang terjejas,” tambah syarikat penerbangan itu.
Pada September lalu, berpuluh-puluh beg dalam penerbangan sulung Air New Zealand dari New York ke Auckland ditinggalkan di Amerika Syarikat disebabkan oleh keadaan cuaca.
Situasi yang sama dilaporkan pada Disember bagi penerbangan Jetstar dari Perth ke Bali.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.