Skip to main content

Singapura

Scoot tawar penerbangan ke Phu Quoc, Padang, Shantou mulai Dis 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Scoot tawar penerbangan ke Phu Quoc, Padang, Shantou mulai Dis 2024

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 12 Nov 2024 04:05PM Dikemas Kini : 12 Nov 2024 07:18PM
SINGAPURA: Scoot akan melakukan penerbangan ke Phu Quoc di Vietnam, Padang di Indonesia dan Shantou di China.

Penerbangan ke Phu Quoc dan Padang masing-masing akan bermula pada 20 Disember 2024 dan Januari 2025, menggunakan pesawat Embraer E190-E2.

Sementara itu, penerbangan Scoot ke Shantou akan bermula pada 16 Januari 2025 menerusi pesawat Airbus A320.

Pada awalnya, Scoot akan melakukan tiga penerbangan seminggu ke Phu Quoc, sebelum ia ditambah kepada lima penerbangan dalam seminggu menjelang 25 Januari 2025.

Scoot akan melakukan empat penerbangan seminggu ke Padang dan tiga penerbangan seminggu ke Shantou.

Dengan penambahan tiga khidmat penerbangan baharu itu, Scoot akan melakukan 31 penerbangan dalam seminggu ke tiga bandar di Vietnam, 84 penerbangan dalam seminggu ke 11 bandar di Indonesia dan 89 penerbangan mingguan ke 17 destinasi di China menjelang Januari 2025.

Harga tiket penerbangan sehala Kelas Ekonomi bagi ketiga-tiga khidmat penerbangan baharu itu bermula dari S$135 bagi destinasi ke Phu Quoc, S$119 ke Padang dan S$169 ke Shantou, dengan harganya sudah termasuk cukai.

Orang ramai boleh membeli tiket penerbangan ke destinasi-destinasi baharu itu mulai Selasa (12 Nov) melalui laman Scoot, aplikasi Scoot dan kemudian di wadah-wadah yang lain.

Scoot juga akan menambah lebih banyak khidmat penerbangan mingguan ke destinasi berikut:

Jakarta: 19 penerbangan dalam seminggu mulai 24 November 2024

Koh Samui: 21 penerbangan dalam seminggu mulai 20 Disember 2024

Davao: 11 penerbangan dalam seminggu mulai 17 Disember 2024

Vientiane: Lima penerbangan dalam seminggu mulai 9 Februari 2025
Sumber : CNA/HA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita