Scoot mulakan penerbangan ke Melaka, tingkatkan akses pelancongan antarabangsa
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Roslan RAHMAN / AFP)
MELAKA: Penerbangan syarikat tambang jimat Singapura yang dimiliki Singapore Airlines, Scoot, ke Melaka mempunyai kepentingan strategik dalam meningkatkan akses pelancong antarabangsa ke Malaysia.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Abdul Razak Abdul Rahman berkata penerbangan dari Singapura juga memainkan peranan penting dalam menyokong agenda pelancongan antarabangsa Melaka termasuk persediaan untuk Hari Pelancongan Sedunia 2025 dan Persidangan Pelancongan Dunia 2025.
“Penerbangan Scoot ke Melaka akan beroperasi lima kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula Rabu (23 Okt).
“Scoot juga akan menyediakan penerbangan malam pada hari-hari tertentu untuk memberi lebih banyak pilihan kepada penumpang terutamanya bagi mereka yang memerlukan waktu perjalanan lebih fleksibel,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Penerbangan Pertama Pesawat Scoot ke Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam di Melaka pada Rabu.
Hadir sama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya MalaysiaTiong King Sing, Setiausaha Kerajaan Melaka Azhar Arshad dan Ketua Pegawai Komersil Scoot Pte Ltd Calvin Chan.
Penerbangan sulung selama 50 minit yang tiba sekitar jam 2.55 petang, membawa 112 penumpang dari Singapura manakala 107 penumpang pula berlepas dari Melaka ke negara itu.
Sementara itu, Encik Tiong berharap agar Scoot dapat melaksanakan kajian untuk membuka lebih banyak laluan baharu membabitkan Singapura ke Sarawak dan destinasi lain di Malaysia pada masa depan.
Beliau berkata sebagai contoh, Parlimen Bintulu yang diwakilinya merupakan lokasi industri berat dan Singapura pula menjadi pusat transit pelabur dari seluruh dunia.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.