Skip to main content

Singapura

Scoot: Isu teknikal punca penumpang terkandas 7 jam di Lapangan Terbang Changi

Para penumpang yang dalam perjalanan ke Bangkok dalam penerbangan pesawat Scoot TR616 terkandas selama hampir tujuh jam di Terminal Dua Lapangan Terbang Changi pada Ahad (25 Nov) selepas penerbangan mereka ditangguhkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Scoot: Isu teknikal punca penumpang terkandas 7 jam di Lapangan Terbang Changi

Para penumpang Scoot yang terkandas. (Gambar: Kenneth Loo)

Diterbitkan : 26 Nov 2018 08:35AM Dikemas Kini : 26 Nov 2018 08:40AM

SINGAPURA: Para penumpang yang dalam perjalanan ke Bangkok dalam penerbangan pesawat Scoot TR616 terkandas selama hampir tujuh jam di Terminal Dua Lapangan Terbang Changi pada Ahad (25 Nov) selepas penerbangan mereka ditangguhkan.

Pesawat itu dijadualkan berangkat pada sekitar 5.30 petang, tetapi akhirnya berlepas pada jam 12.28 minit pagi.

Menurut Scoot kepada soalan Mediacorp, penerbangan pesawat itu tergendala akibat masalah teknikal di “salah satu gear pintu hadapan pesawat” berkenaan.

"Oleh kerana kerja-kerja membaiki pesawat itu mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijangkakan, Scoot mengambil keputusan untuk menggunakan sebuah pesawat lain bagi mengurangkan gangguan terhadap rancangan perjalanan para penumpang," menurut Scoot.

Pesawat itu menyatakan bahawa para penumpang diberikan makanan ringan semasa tempoh penangguhan itu. Pihaknya turut meminta maaf kepada penumpang atas sebarang kerumitan dan gangguan terhadap rancangan perjalanan mereka.

Seorang penumpang dalam penerbangan itu, Encik Kenneth Loo, 51 tahun, menunjukkan beberapa rakaman video penumpang yang marah kepada Mediacorp.

Mereka termasuk warga tua, yang meminta penjelasan daripada kakitangan Scoot tentang penangguhan pesawat itu.

"Pesawat itu sepatutnya berangkat pada jam 5.30 petang. Sekarang sudah jam 9.56 malam dan kami masih menunggu. Keadaan di sini huru-hara," menurut Encik Loo.

Beliau menambah bahawa penumpang kemudian diberikan makanan dan cemilan.

Menurut Encik Loo, Scoot mengeluarkan notis kepada para penumpang pada sekitar 11.30 malam, yang menjelaskan bahawa penangguhan pesawat itu akibat "isu teknikal" dan masa berlepas dijadualkan pada jam 11.30 malam. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita