Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Scoot gantung penerbangan ke Gold Coast mulai Julai 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Scoot gantung penerbangan ke Gold Coast mulai Julai 2023

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) Group akan menggantung khidmat sayap penerbangan tambang murahnya, Scoot, ke Gold Coast, Australia mulai Julai 2023 sedang ia "menyesuaikan kapasitinya mengikut permintaan". 

Dalam laporan pendapatan suku ketiganya yang dikeluarkan pada Selasa (21 Feb), syarikat penerbangan itu mendedahkan keuntungan bersihnya meningkat 12.7 peratus berbanding suku sebelumnya, mencatatkan S$628 juta - peningkatan yang dipacu oleh pemulihan kukuh permintaan pengangkutan udara yang berterusan. 

Khidmat SIA ke Vancouver juga akan digantung mulai Oktober 2023, menurut syarikat penerbangan tersebut. 

Menyusuli pandemik COVID-19, Scoot menyambung semula khidmat ke Gold Coast pada Februari 2022. Buat masa ini, ia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan di Singapura yang mempunyai penerbangan secara langsung ke Gold Coast. 

Bekas CEO Scoot Campbell Wilson pada Januari 2022, syarikat penerbangan itu menyediakan khidmat bagi hampir 130,000 penumpang antara Singapura dengan Gold Coast pada 2019. 

Menurut agensi berita Gold Coast, myGC, penerbangan itu beroperasi selama empat kali seminggu buat masa ini, menyediakan khidmat bagi ribuan pelanggan. 

myGC turut melaporkan bahawa Datuk Bandar Gold Coast Tom Tate terkejut dengan keputusan Scoot.

"Saya terkejut kerana saya merupakan pihak yang menguruskan perjanjian tersebut. Jika ada sesuatu yang saya boleh lakukan, saya sudah lakukannya," kata Encik Tom.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan