Skip to main content

Singapura

Scoot batalkan 2 penerbangan SG-Jeddah sebagai langkah jaga-jaga

Syarikat penerbangan tambang jimat Scoot membatalkan dua penerbangannya antara Singapura dengan bandar Jeddah di Arab Saudi pada Khamis (15 Jan) sebagai langkah berjaga-jaga.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Jan 2026 07:44PM Dikemas Kini : 23 Jan 2026 11:34PM
SINGAPURA: Syarikat penerbangan tambang jimat Scoot membatalkan dua penerbangannya antara Singapura dengan bandar Jeddah di Arab Saudi pada Khamis (15 Jan) sebagai langkah berjaga-jaga.

Penerbangan TR596 dijadual berangkat dari Lapangan Terbang Changi sekitar pukul 4.00 petang, manakala TR596 pula dijadual berangkat dari Jeddah pada pukul 10.45 malam ini.

Singapore Airlines yang mengendalikan operasi Scoot menyatakan, pihaknya akan terus memantau rapi situasi di Timur Tengah dan membuat penyesuaian pada laluan penerbangan jika perlu.
Sumber : CNA/NY/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita