Scoot akan lancar penerbangan ke Labuan Bajo, Medan, Palembang, Semarang mulai Dis
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Embraer/Felipe Pires)
SINGAPURA: Para pelawat dari Singapura yang mahu menikmati budaya dan alam sekitar yang pelbagai di Indonesia tidak lama lagi ada lebih banyak pilihan untuk mengunjungi negara itu.
Scoot, anak syarikat penerbangan tambang jimat Singapore Airlines (SIA) mengumumkan pada Rabu (15 Okt) ia akan melancarkan khidmat-khidmat penerbangan baharu secara berperingkat ke Labuan Bajo, Medan, Palembang dan Semarang antara Disember tahun ini dengan Februari 2026.
Terkenal dengan pantai, terumbu karang dan hidupan marin, Labuan Bajo menawarkan pemandangan panoramik pulau-pulau sekitarnya seperti Pulau Padar.
Anda juga boleh mengakses tapak-tapak kebudayaan seperti Kampung Wae Rebo, yang terletak di atas gunung dan Taman Negara Komodo, iaitu sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO yang menempatkan biawak Komodo.
Mulai 21 Disember, Scoot akan melancarkan penerbangan dua kali seminggu ke Labuan Bajo menerusi pesawat Embraer E190-E2, dengan harga tiket kelas ekonomi sehala bermula daripada S$170.

Mereka yang gemar membeli-belah sambil dikelilingi alam semula jadi akan menikmati Medan, iaitu sebuah metropolis yang menempatkan beberapa mercu tanda budaya seperti Istana Maimun, Mesjid Raya dan Tjong A Fie Mansion.
Di bandar itu juga terletaknya Tasik Toba, iaitu tasik gunung berapi terbesar di dunia, yang dikelilingi oleh bukit-bukit dan perkampungan tradisional Batak.
Mulai 1 Februari 2026, Scoot akan mula mengendalikan penerbangan harian ke Medan melalui pesawat Airbus A320, dengan tiket penerbangan sehala kelas ekonomi bermula daripada S$108.

Terkenal dengan pasar-pasar tradisional dan tawaran kulinari yang unik, Palembang adalah salah satu daripada bandar tertua di Indonesia.
Mulai 15 Januari 2026, Scoot akan memulakan empat penerbangan setiap minggu ke Palembang menerusi pesawat Embraer E190-E2, dengan harga tiket penerbangan sehala bagi kelas ekonomi bermula daripada S$129.
Sementara itu, Semarang yang kaya dengan warisan budaya dan seni bina kolonial Belanda, serta mercu tanda terkenal seperti bangunan Lawang Sewu, yang kini digunakan sebagai sebuah muzium dan galeri, dan Masjid Agung Jawa Tengah.
Scoot akan melancarkan tiga penerbangan setiap minggu ke Semarang menerusi pesawat Airbus A320 mulai 23 Disember ini, sebelum ia bertambah kepada empat penerbangan dalam seminggu mulai 1 Januari 2026.
Tiket penerbangan sehala kelas ekonomi ke Semarang bermula daripada S$125.
Selain daripada penerbangan baharu itu, Scoot akan meningkatkan kekerapan penerbangan ke 11 destinasi sedia ada pada bulan ini, iaitu Bangkok, Bali, Jakarta, Koh Samui, Kota Kinabalu, Kuching, Manado, Penang, Surabaya, Vientiane dan Yogyakarta.
Dalam satu kenyataan, CEO Scoot, Leslie Thng berkata: "Kami berbesar hati dapat mengukuhkan kehadiran Scoot di Indonesia dengan pelancaran penerbangan baharu ke Labuan Bajo, Medan, Palembang dan Semarang.
"Penambahan ini menggariskan komitmen kami untuk mengukuhkan sambungan rangkaian di Asia Tenggara dan menyediakan sambungan yang mudah diakses dan lancar ke seluruh rangkaian SIA Group yang lebih luas menerusi Singapura.
"Kami akan terus merebut peluang baharu untuk mengembangkan jejak kami dan menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pelanggan kami."

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.