SCIS meterai MOU dengan SUSS lakar modul tukikan baharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) akan bekerjasama dengan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) untuk membangunkan beberapa modul pengkhususan baharu.
Modul sedemikian akan menggabungkan kepakaran SCIS dalam pengajian Islam dengan kurikulum SUSS yang berasaskan latihan praktikal.
Kerjasama tersebut dimeterai petang tadi (2 Dis) melalui satu Memorandum Persefahaman antara kedua-dua institusi, yang disaksikan oleh Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
"Kerjasama ini merupakan satu pencapaian penting bagi masyarakat Islam dan Singapura. Dalam masyarakat majmuk seperti Singapura, penting bagi para asatizah kita untuk arif dalam ajaran Islam selain berupaya menangani keperluan masyarakat yang terus berkembang," ujar Dr Faishal.

Menjelaskan lebih lanjut, Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir yang mewakili SCIS, menarik perhatian bahawa "menterjemahkan dan menafsirkan" sumber agama di Singapura memerlukan pemahaman konteks sosial.
"Ini memerlukan banyak kemahiran dan keupayaan lain, di antaranya adalah pemahaman sains kemasyarakatan yang baik," tegas Dr Nazirudin yang mengetuai Jawatankuasa Pemandu SCIS.
Maka itulah SCIS dan SUSS akan menggabungkan pelbagai aspek ini dalam kurikulum program sarjana muda SCIS.
"Sebagai contoh, dalam mengkaji tentang konsep kekeluargaan dalam agama, kita perlu juga melihat pelbagai aspek sains kemasyarakatan dalam cabaran-cabaran yang dihadapi oleh keluarga, cabaran mental dan tanggungjawab suami, isteri dan anak-anak dan sebagainya," terang Dr Nazirudin lagi.

MODUL SUSS TERBUKA KEPADA PELAJAR SCIS
Di bawah MoU yang dimeterai, SUSS juga akan menawarkan beberapa modul daripada kurikulum sedia adanya kepada mahasiswa SCIS.
Pendekatan sebegini diharap dapat melengkapkan graduan SCIS kelak dengan asas yang kukuh dalam ilmu agama, serta kemahiran praktikal yang boleh digunakan bukan sahaja dalam sektor keagamaan tetapi juga bidang sosial berkaitan.
Ini lantas akan membuka lebih banyak ruang kerjaya bagi para graduan SCIS dalam bidang-bidang seperti kaunseling dan khidmat sosial.
"Kerjasama ini akan memperkukuh pembangunan pelajar menerusi tiga aspek utama. Pertama, mengharungi cabaran semasa. Kedua, memperkukuh keupayaan graduan SCIS untuk memperluas peluang pekerjaan mereka. Ketiga, menerapkan pendekatan pembelajaran Islam yang sesuai untuk konteks Singapura," ulas Dr Faishal lagi.
Mahasiswa yang diterima masuk ke SCIS boleh memilih bidang pengkhususan dalam Pengajian Islam atau Sains Kemasyarakatan.
Seramai 60 mahasiswa dijangka diterima bagi kohort pertama pada 2028.
Sijil tamat pengajian program sarjana muda SCIS akan melayakkan graduan untuk diiktiraf di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) tetapi mereka masih perlu menjalani proses pendaftaran untuk mendapatkannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.