"Schooling dan Amanda diperlakukan dengan cara yang sama seperti orang lain," tegas K Shanmugam
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: SportSG/Andy Chua)
SINGAPURA: Kedua-dua perenang negara, Joseph Schooling dan Amanda Lim, telah diperlakukan dengan cara yang sama seperti orang lain.
Kedua-dua perenang negara itu telah bekerja keras dan sudah banyak menyumbang kepada negara.
Mereka berdua juga telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Menteri Undang-Undang K Shanmugam berkata demikian dalam catatan Facebooknya pada Rabu (31 Ogos).

"Schooling khususnya, sudah meraih kejayaan yang tidak pernah saya bayangkan, memenangi pingat emas semasa bertanding di Sukan Olimpik," tulis Encik Shanmugam yang juga adalah Menteri Ehwal Dalam Negeri.
"Saya tidak akan lupa semasa beliau bersaing dengan legenda-legenda renang - peringkat akhir itu menampilkan begitu ramai 'superstar'. Dan beliau mengalahkan mereka semua."
"Joseph Schooling dan Amanda Lim telah diperlakukan dengan cara yang sama seperti orang lain," kata Encik Shanmugam.
"Saya yakin rakyat Singapura akan bermurah hati dan mengingati perkara indah yang telah dilakukan oleh dua anak muda ini. Dan marilah kita berikan dorongan dan sokongan kita," tulis Encik Shanmugam sebelum mengakhiri catatannya itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.