SCDF tangani 150 kejadian kebakaran perusahaan setiap tahun
Setiap tahun, pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menangani sekitar 150 kejadian kebakaran perusahaan.
SINGAPURA: Setiap tahun, pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menangani sekitar 150 kejadian kebakaran perusahaan.
Kebakaran-kebakaran serupa itu lebih sukar untuk dipadamkan disebabkan lokasi dan bahan-bahan yang mudah terbakar.
Oleh itu para pegawai bomba perlu latihan dan persiapan yang mencukupi.
SCDF sudah menyediakan kemudahan yang membolehkan para pegawainya menguji kemahiran dalam situasi-situasi berbeza.
Salah satu kebakaran perusahaan terbesar di Singapura apabila sebuah tangki simpanan minyak di Pulau Busing dijilat api pada Mac tahun ini.
Lebih 100 anggota bomba mengambil masa enam jam untuk memadamkan api.
Sebagai persediaan menghadapi senario kebakaran yang rumit seperti ini,
anggota bomba menjalani latihan Simulator di sebuah bangunan lima tingkat.
Dibina pada 2015 kemudahan ini membolehkan anggota bomba melatih dalam 15 senario berbeza.
Ini termasuk melawan kebakaran perusahaan yang besar, menangani bahan berbahaya dan menjalankan misi mencari dan menyelamat.
Latihan simulator bermakna anggota bomba dapat melatih untuk bertindak dalam senario yang betul, seperti menangani kebocoran kimia toksik.
Kemudahan baru ini juga membolehkan SCDF menguji peralatan baru untuk melawan api.
Ini bermakna kurang risiko kepada anggota bomba apabila mereka cuba memadamkan kebakaran besar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.