SCDF selit nasihat jaga keselamatan, elak kebakaran dalam video hidangan Raya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SCDF/Facebook)
SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tampil dengan pendekatan kreatif sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan menghasilkan video khas yang menggabungkan masakan tradisional Melayu - Lontong Sasyur Lodeh - dengan perkongsian tip keselamatan kebakaran dan bantuan kecemasan.
Dalam video tersebut, Pegawai Waran 2 (WO2) Muhammad Nursyahrin Md Yunan dari Balai Bomba Tampines kelihatan menyediakan hidangan tradisional sambil berkongsi langkah-langkah penting untuk memastikan keselamatan keluarga sepanjang musim perayaan.
SCDF dalam kenyataannya mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika memasak, menggunakan peralatan elektrik dengan selamat, serta mengetahui asas bantuan kecemasan bagi menghadapi sebarang kecemasan atau kebakaran yang tidak dijangka.

Menurut SCDF, terbitan itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa keselamatan di rumah adalah tanggungjawab bersama, terutama sekali sedang kegiatan memasak meningkat semasa musim Hari Raya.
Video tersebut diterbitkan oleh pasukan penerbitan yang diketuai pengarah Eksekutif Pengurusan (MX) Masri Abdul Rahman, bersama penerbit MX Mohamad Aidil, MX Syafiq Suhaimi dan Lans Korperal (LCP) Agust Budiman, dengan sokongan kru penerbitan yang terdiri daripada anggota SCDF termasuk LCP Ezzudean, LCP Izzharith, Korperal (CPL) Danial, Prebet (PTE) Favian Afiq, PTE Alif Raul serta beberapa pegawai NSF.
SCDF turut mengingatkan orang ramai agar terus mengutamakan keselamatan di dapur ketika meraikan bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Semoga sambutan kali ini dipenuhi keamanan, kegembiraan dan kesejahteraan buat semua,” menurut kenyataan tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.