SCDF selamatkan pemandu lori terperangkap dalam nahas di Pioneer Road North

Gambar: Pembaca CNA
SINGAPURA: Seorang individu terperangkap di tempat duduk pemandu sebuah lori selepas satu kemalangan di Pioneer Road North pada pagi Jumaat (25 Mac).
Gambar kemalangan itu menunjukkan sebuah lori besar yang terbalik di pembahagi jalan, menyebabkan muatannya tumpah ke tiga lorong di seberang jalan.
Paramedik dan pegawai dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dilihat dalam satu rakaman video sedang menyelamatkan seseorang di bahagian depan kenderaan.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, SCDF menyatakan ia dimaklumkan mengenai kemalangan di simpang Pioneer Road North dan Jurong West Avenue 5 pada kira-kira 8.35 pagi.
“Seorang individu ditemui terperangkap di tempat duduk pemandu,” kata SCDF, sambil menambah alat menyelamat hidraulik digunakan dalam operasi itu.
Individu itu dibawa ke Hospital Universiti Nasional.
Mediacorp sudah menghubungi polis untuk maklumat lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.