Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SCDF selamatkan pekerja terjatuh di kapal kontena

Seorang pekerja yang terjatuh ke dalam sebuah petak semasa berada di atas sebuah kapal kontena yang berlabuh di bahagian tenggara Singapura berjaya diselamatkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada tengah hari Jumaat (13 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
SCDF selamatkan pekerja terjatuh di kapal kontena

(Gambar: Facebook/SCDF)

Diterbitkan : 14 Nov 2020 02:56PM Dikemas Kini : 14 Nov 2020 02:57PM

SINGAPURA: Seorang pekerja yang terjatuh ke dalam sebuah petak semasa berada di atas sebuah kapal kontena yang berlabuh di bahagian tenggara Singapura berjaya diselamatkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada tengah hari Jumaat (13 Nov).

Dua bot SCDF dikerahkan ke tempat kejadian setelah menerima panggilan meminta bantuan perubatan sekitar pukul 12.30 tengah hari, menurut SCDF dalam catatan Facebooknya pada Jumaat malam.

"Dua spesialis marin SCDF yang juga terlatih sebagai teknisyen perubatan kecemasan bergegas menaiki kapal itu bersama alat penyelamat dan perubatan untuk menilai keadaan," menurut catatan SCDF.

Lelaki yang cedera itu ditemui dalam keadaan sedar tetapi tidak dapat bergerak di kapal itu.

Lelaki itu kemudian dipindahkan ke Bot Penyelamat Berat SCDF menggunakan sistem tali dan takal antara kedua-dua kapal itu.

Operasi menyelamat itu dijalankan dengan "berhati-hati" disebabkan oleh ombak dan angin kencang di laut, menurut SCDF.

Sebaik sahaja dipindahkan ke bot SCDF, lelaki yang cedera itu dikejarkan ke Marina South Pier di mana sebuah ambulans sudahpun diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.

Kakitangan ambulans memeriksanya sebelum membawanya ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan