Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SCDF selamatkan 5 orang daripada kenderaan terkandas akibat banjir kilat dekat Ikea Tampines

Seramai lima individu diselamatkan daripada empat kenderaan yang separuh tenggelam menyusuli hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat berdekatan Ikea Tampines pada pagi ini (20 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
SCDF selamatkan 5 orang daripada kenderaan terkandas akibat banjir kilat dekat Ikea Tampines

Para kakitangan SCDF menerima panggilan meminta bantuan pada sekitar 7.40 pagi. (Gambar: Dan Chong/Facebook)

Diterbitkan : 20 Aug 2021 11:28AM Dikemas Kini : 20 Aug 2021 11:32AM

SINGAPURA: Seramai lima individu diselamatkan daripada empat kenderaan yang separuh tenggelam menyusuli hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat berdekatan Ikea Tampines pada pagi ini (20 Ogos).

Demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

SCDF menyatakan ia menerima panggilan meminta bantuan di persimpangan Tampines Avenue 10 dan Pasir Ris Drive 12 pada sekitar 7.40 pagi.

Sebanyak 13 kenderaan terkandas dan sebahagiannya separuh tenggelam dalam air, menurut SCDF.

Apabila para peneyelamat tiba, sekitar 25 orang sudahpun berjaya menyelamatkan diri.

Para kakitangan SCDF kemudian bertindak menyelamatkan lima individu yang terperangkap dan dibawa ke tempat terlindung (daripada hujan) di kawasan-kawasan berdekatan. Seorang daripada mereka terpaksa dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH) kerana sakit di bahagian kaki, tambah SCDF.

Banjir kilat itu tercetus akibat hujan lebat pada pagi ini.

Dalam satu catatan Twitter pada sekitar pukul 8.00 pagi, agensi air negara PUB menasihatkan para pemandu supaya mengelakkan Tampines Avenue 10 menghala ke TPE ekoran banjir yang menjejas kesemua empat laluan di jalan raya itu.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pula menambah dalam satu catatan Twitter bahawa laluan masuk ke TPE dari Tampines Avenue 10 ditutup disebabkan halangan.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan