SCDF selamatkan 3 individu terperangkap dalam lif Junction 10
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengerahkan para penyelamatnya daripada Pakar Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (DART) untuk menyelamatkan tiga orang yang terperangkap di dalam lif di pusat beli-belah Junction 10 pada Selasa (26 Apr).

Seorang anggota penyelamat DART turun dari aci lift pada 26 Apr 2022. (Gambar: SCDF/Facebook)
SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengerahkan para penyelamatnya daripada Pakar Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (DART) untuk menyelamatkan tiga orang yang terperangkap di dalam lif di pusat beli-belah Junction 10 pada Selasa (26 Apr).
Para anggota penyelamat DART dikerahkan setelah SCDF menerima panggilan meminta bantuan sekitar jam 5.10 petang di 1 Woodlands Road, menurut pasukan itu dalam catatan Facebooknya semalam.
Alamat itu adalah alamat pusat beli-belah tersebut, yang terletak berhampiran estet-estet perumahan Teck Whye dan Bukit Panjang.
Kuasa tenaga tidak dapat dibekalkan ke lif tersebut, yang tersekat antara tingkat dua dengan tingkat empat blok berkenaan. Lif itu tidak berhenti di tingkat tiga.
Dengan menyediakan sebuah sistem menyelamat melibatkan takal serta tali di tingkat empat, dua anggota penyelamat berupaya turun dari aci lif dan mengakses lif menerusi petak kecemasan (hatch).
“Setiap individu terperangkap dipakaikan abah-abah penyelamat sebelum dibawa keluar dari lif itu menggunakan tangga," menurut SCDF.
"Sebuah peningkat kuasa tenaga, peranti mudah alih khusus yang dikendalikan bateri, kemudian digunakan untuk menaikkan setiap orang terperangkap untuk menyelamatkan mereka."
SCDF memberitahu Mediacorp bahawa operasi menyelamat mengambil masa kira-kira satu setengah jam.
Setelah mereka diselamatkan, tiga individu itu diperiksa oleh SCDF bagi sebarang kecederaan tetapi kemudiannya enggan dibawa ke hospital.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.