Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SCDF selamatkan 14 kucing, lakukan CPR selepas padamkan kebakaran di flat di Fajar Road

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebanyak 14 ekor kucing diselamatkan selepas satu kebakaran berlaku di sebuah unit di Fajar Road. 

Demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Jumaat (22 Apr). 

Dalam satu catatan di Facebook, SCDF menyatakan ia dimaklumkan tentang kebakaran di flat di tingkat dua Blok 422 Fajar Road sekitar 8.30 pagi pada Khamis (21 Apr). 

Kebakaran itu melibatkan kandungan di halaman tambahan flat tersebut. 

Anggota bomba masuk secara paksa ke unit tersebut dan memadamkan api dengan menggunakan tiga beg galas busa udara mampat. 

Pasukan SCDF kemudian menyelamatkan 14 ekor kucing yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam unit tersebut. 

"Anggota bomba, yang sebilangan daripada mereka dilatih sebagai teknisyen perubatan kecemasan, memberikan oksigen dan melakukan CPR ke atas kucing-kucing tersebut," menurut SCDF. 

"Sebanyak 13 ekor kucing berjaya diselamatkan, namun seekor mati." 

Kira-kira 20 orang dari unit-unit bersebelahan dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga. 

Punca kebakaran masih disiasat. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan