Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SCDF sampaikan mesej penting melalui #RendangRangup

Baru-baru ini, kritikan terhadap rendang ayam hasil air tangan peserta MasterChef UK Cik Zaleha Kadir Olpin yang dikatakan "tidak rangup" mendapat perhatian orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
SCDF sampaikan mesej penting melalui #RendangRangup

(Gambar: SCDF/ Facebook)

SINGAPURA: Baru-baru ini, kritikan terhadap rendang ayam hasil air tangan peserta MasterChef UK Cik Zaleha Kadir Olpin yang dikatakan "tidak rangup" mendapat perhatian orang ramai.

Sedang isu ini hangat dibicarakan, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) cuba mencuri perhatian orang ramai untuk menasihati mereka supaya jangan membiarkan hidangan yang dimasak tidak dijaga di atas dapur.

Menurut SCDF, 402 kebakaran berlaku tahun lalu akibat perbuatan cuai di mana masakan ditinggalkan di atas dapur yang apinya masih hidup.

Di laman Facebooknya, ia memuat naik gambar yang menunjukkan masakan di atas dapur yang ditinggalkan menjadi berasap. Ia kemudian menggunakan tanda anak panah untuk menunjukkan masakan hangus di atas dapur yang dipanggil sebagai 'le "crispy rendang'.

Gambar itu disertakan kapsyen SCDF: "Jangan tinggalkan masakan anda di atas dapur yang apinya masih hidup."

Kapsyennya pula diakhiri dengan hashtag #CrispyRendang.

Catatan Facebooknya disambut baik orang awam yang menyifatkannya sebagai usaha kreatif untuk meningkatkan kesedaran berhubung masalah ini. Malah, dalam tempoh kurang 14 jam sahaja, catatan Facebooknya sudah mendapat lebih 3,000 likes dan dikongsi lebih 2,700 pengguna Facebook.

Sesetengah netizen turut mengatakan kini mereka mengerti cara membuat 'rendang yang rangup'. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan