SCDF rintis pod mudah alih bagi tingkatkan kerahan ambulans, tempoh respons
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan menguji pod mudah alih agar khidmat ambulans serta pegawainya dapat tiba ke lokasi kejadian dengan lebih cepat.
Ini selepas permintaan untuk khidmat perubatan kecemasan meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun lalu.
Secara purata tahun lalu, 672 panggilan 995 diterima setiap hari, iaitu 55 peratus lebih tinggi berbanding sedekad lalu.
Menurut SCDF, inspirasi di sebalik pod itu datang daripada pod gimnasium yang muncul semasa pandemik.
Pod tersebut akan diletakkan di Taman Tasik Jurong selama tiga bulan bermula Jumaat (28 Feb), sebelum dipindahkan ke Perpustakaan Awam Toa Payoh untuk tiga bulan seterusnya.
Pegawai SCDF, bersama dengan ambulans yang bersiap sedia, akan ditempatkan dari jam 9.30 pagi hingga 7.30 malam.
Para petugas boleh berehat atau menjalankan tugas pentadbiran, sementara menunggu untuk dikerahkan.
Ia menyasarkan untuk memberi respons kepada 80 peratus panggilan 995 dalam tempoh 11 minit, bagi setiap sektor yang ditetapkan.
Ada rancangan untuk menambah 8 hingga 10 lagi pod sedemikian pada masa hadapan.

Sumber : CNA/IQ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.