Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SCDF, PUB perkenal pili bomba 'bijak' lebih mudah dan pantas digunakan

Pili bomba tersebut mempercepatkan proses memperoleh air sewaktu kecemasan, iaitu sebanyak 60 peratus, menurut agensi-agensi tersebut dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (21 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
SCDF, PUB perkenal pili bomba 'bijak' lebih mudah dan pantas digunakan

Pili bomba bijak ini mempercepatkan proses memperoleh air sewaktu kecemasan sebanyak 60 peratus. (Gambar: CNA/Hanidah Amin)

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan agensi air negara PUB memperkenalkan pili bomba "bijak" baru yang lebih mudah dan pantas untuk digunakan.

Pili bomba tersebut mempercepatkan proses memperoleh air sewaktu kecemasan, iaitu sebanyak 60 peratus, menurut agensi-agensi tersebut dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (21 Dis).

"Penjimatan masa ini sangat penting kerana dalam kecemasan yang mengancam nyawa seperti kebakaran besar di lokasi perindustrian, setiap saat berharga," kongsi agensi-agensi tersebut.

SCDF dan PUB memulakan percubaan bukti konsep (proof-of-concept) selama setahun pada 26 Oktober, dengan memasang prototaip pili bomba bijak di Prince Edward Road. Jika berjaya, agensi-agensi itu akan meneroka pelaksanaan lebih meluas pili bomba tersebut di Singapura.

Pihak berkuasa dapat terus menggantikan pili bomba yang sedia ada kerana rekaan baru itu sesuai dengan kelengkapan sambungan kepada rangkaian air yang digunakan sekarang.

Hanya "kerja-kerja ringan dengan penggalian minimum" diperlukan kerana injap bawah tanah yang sedia ada serta akses penutup lubang akan dikekalkan, menurut agensi-agensi itu lagi.

Singapura mempunyai hampir 23,000 pili bomba awam di merata negara. Terdapat tiga versi - iaitu pili bomba tanah, pili bomba dengan tiga tiang dan pili bomba dengan dua tiang - yang secara amnya tidak berubah dari segi fungsi dan rekaan selama 40 tahun yang lalu.

Pada masa ini, pegawai bomba perlu melakukan beberapa langkah untuk mengendalikan sebuah pili bomba.

Pertama sekali, mereka menggunakan kunci untuk membuka dan menanggalkan penutup lubang pili bomba. Mereka kemudian menggunakan kunci pili bomba lain yang boleh dipanjangkan untuk membuka injap bawah tanah yang mengeluarkan air. Pegawai bomba juga perlu membawa kit peralatan pili bomba yang terdiri daripada penyesuai gandingan hos pemadam api.

Pili bomba bijak, sebaliknya, tidak memerlukan penyesuai gandingan dan mempunyai injap kawalan pada bahagian atasnya yang boleh dikendalikan menggunakan sepana yang direka khas.

Ini bermakna pegawai bomba dapat memasang hos langsung kepada pili bomba dan tidak perlu lagi membuka penutup lubang untuk mengakses injap bawah tanah.

LEBIH MUDAH DISENGGARA

Lebih daripada sekadar mudah dikendalikan, pili bomba bijak juga menggunakan telemetri berasaskan awan dan sensor bersepadu yang mengirim makluman secara automatik mengenai tekanan dan aliran air.

"Ini memastikan bahawa terdapat bekalan air yang mencukupi sewaktu operasi kecemasan SCDF selain mengesan dengan tepat penggunaan air oleh para petugas kecemasan SCDF sewaktu operasi memadam kebakaran," menurut PUB dan SCDF lagi.

PUB mengendalikan rangkaian bekalan air Singapura dan bekerjasama dengan SCDF untuk memastikan pili bomba disenggara dengan baik.

Buat masa ini, SCDF menguji pili bomba awam sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memastikan ia boleh digunakan dan memeriksa keupayaan rangkaian air untuk membekalkan pengaliran dan tekanan air yang optimum.

Sepasukan empat pegawai bomba memerlukan sekitar sejam untuk menguji tiga pili bomba, kongsi agensi-agensi tersebut. Ini membawa kepada sekitar 28,000 jam yang dihabiskan setiap tahun untuk memeriksa pili bomba dan memastikan ia berfungsi.

"Masa yang dijimatkan dari segi kerja-kerja memeriksa pili bomba boleh disalurkan kepada kerja-kerja barisan hadapan yang lebih penting seperti melakukan pemeriksaan penguatkuasaan keselamatan kebakaran, latihan dan latihan operasi," kata Pengarah Jabatan Operasi SCDF, Kolonel Anthony Toh.

Sumber : CNA/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan