SCDF padam api di Tanah Perkuburan Choa Chu Kang
Satu kebakaran berlaku di kompleks Perkuburan Choa Chu Kang sekitar tengah hari Sabtu (2 Nov), menyebabkan rumput di kawasan beberapa kubur terbakar. Kepulan asap kebakaran juga bergulung ke langit.
(Gambar: Facebook/Emily Em)
SINGAPURA: Satu kebakaran berlaku di kompleks Perkuburan Choa Chu Kang sekitar tengah hari Sabtu (2 Nov), menyebabkan rumput di kawasan beberapa kubur terbakar. Kepulan asap kebakaran juga bergulung ke langit.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya memberi repons kepada kebakaran dekat Tanah Perkuburan Kristian di Lorong 6 pada sekitar pukul 11.50 pagi.
Kebakaran itu melibatkan kawasan tumbuhan empat persegi berukuran sekitar 10 meter kali 10 meter dan berjaya dipadamkan dengan menggunakan jet air, menurut SCDF.
Tiada kecederaan dilaporkan.
Punca kebakaran masih lagi disiasat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.