SCDF kesan beberapa kelemahan keselamatan kebakaran di gudang Wah & Hua sepanjang 7 tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:
Kawasan dalam gudang Wah & Hua. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Beberapa kelemahan keselamatan kebakaran dikenal pasti dan notis amaran dikeluarkan sepanjang tempoh tujuh tahun lalu terhadap sebuah gudang di Kranji Crescent yang terbakar pada Rabu lalu (19 Feb).
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), 10 pemeriksaan telah dijalankan terhadap firma kitar semula dan pengurusan sisa Wah & Hua sebelum ini.
SCDF juga mendapati tiga lagi kebakaran yang tercetus di gudang tersebut antara 2018 dengan 2024 berlaku secara tidak disengajakan.
Dalam insiden kebakaran baru-baru ini, seorang individu dibawa ke hospital kerana terhidu asap dan mengalami kelecuran.
Siasatan terhadap kejadian masih dijalankan.
Menurut SCDF, beberapa ketidakpatuhan didapati berlaku di firma itu sebelum ini.
Ini termasuk mempunyai papan tanda keluar yang rosak dan hadangan berhampiran pintu keluar bangunan, gelung hos dan alat pemadam api.
Beberapa kesalahan lebih serius juga ditemui, misalnya memasang sebuah pelantar besi tanpa izin.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) kini bekerjasama dengan SCDF dalam menjalankan siasatan.
Ia akan mengemas kini garis panduan berhubung pengurusan selamat bahan sisa jika terdapat sebarang penemuan baharu.
NEA dan SCDF juga akan mendampingi para pengendali kemudahan kitar semula sedemikian untuk menerapkan lagi kepentingan keselamatan kebakaran dan amalan terbaik bagi mengurangkan sebarang risiko kebakaran di masa hadapan.

Sumber : CNA/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.