Skip to main content

Singapura

SCDF kerah pegawai ke Laos bantu operasi kemanusiaan, S’pura derma S$135,000

SCDF akan menghantar sepasukan pegawai ke Laos bagi membantu usaha bantuan bencana

Anggaran Waktu Membaca:
SCDF kerah pegawai ke Laos bantu operasi kemanusiaan, S’pura derma S$135,000

Mangsa empangan runtuh Laos yang berada di pusat perlindungan (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 26 Jul 2018 08:21AM Dikemas Kini : 26 Jul 2018 08:26AM

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan menghantar sepasukan pegawai ke Laos bagi membantu usaha bantuan bencana, termasuk menjalankan penilaian keperluan dan risiko. Ini menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA), semalam (25 Jul).

Seramai 26 orang terkorban, manakala 131 yang lain masih dilaporkan hilang dua hari selepas sebuah empangan hidrokuasa roboh dan menenggelamkan beberapa kampung di wilayah Attapeu, Laos.

Pasukan SCDF berkenaan akan dilengkapi dengan peralatan penyulingan air bagi menyediakan air bersih yang selamat diminum untuk para penduduk yang terjejas, menurut MFA.

MFA menambah bahawa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) bersedia menghantar bekalan bantuan darurat, termasuk khemah-khemah, catuan makanan, botol-botol air, bekalan perubatan dan lain-lain.

“SAF bersedia menghantar sebuah pasukan dari Pusat Penyelarasan Bantuan Bencana dan Sokongan Kemanusiaan Serantau Changi bagi menyokong usaha Tentera Laos,” menurut MFA.

Selain itu, pemerintah Singapura akan menderma AS$100,000 (S$135,000) yang bermatlamat untuk memulakan kutipan dana anjuran Persatuan Palang Merah Singapura (SRC).

MFA juga menyatakan bahawa Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri Lee Hsien loong, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen dan Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan sudah mengutuskan kawat takziah kepada pihak berkuasa Laos.

Menurut MFA: “Sebagai rakan dan negara anggota ASEAN, Singapura berdiri teguh bersama Laos semasa tempoh sukar ini.


Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita