Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SCDF kerah pasukan bahan bahaya ekoran kebocoran ammonia di Ang Mo Kio

Sebuah pasukan bahan berbahaya (hazmat) dikerahkan ke sebuah bangunan komersil di Ang Mo Kio pada lewat Sabtu (23 Feb) selepas kebocoran ammonia dikesan.

Anggaran Waktu Membaca:
SCDF kerah pasukan bahan bahaya ekoran kebocoran ammonia di Ang Mo Kio

Pasukan hazmat SCDF memberikan respons semasa insiden kebocoran ammonia di Ang Mo Kio Avenue 5. (Gambar: SCDF/Facebook)

Diterbitkan : 24 Feb 2019 03:11PM Dikemas Kini : 24 Feb 2019 03:13PM

SINGAPURA: Sebuah pasukan bahan berbahaya (hazmat) dikerahkan ke sebuah bangunan komersil di Ang Mo Kio pada lewat Sabtu (23 Feb) selepas kebocoran ammonia dikesan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia memberi respons kepada insiden tersebut di 7030 Ang Mo Kio Avenue 5 pada sekitar 8.20 malam.

Bangunan Northstar @ AMK yang terletak di alamat tersebut menempatkan pelbagai perniagaan, termasuk kedai-kedai makanan dan syarikat-syarikat reka bentuk dalaman.

"Wap ammonia keluar daripada satu kontena yang bocor akibat injap rosak di tingkat enam premis," menurut SCDF menerusi catatan Facebook.

"Setibanya di tempat kejadian, pasukan SCDF segera menjalankan operasi-operasi penyebaran wap dengan menggunakan penyembur air bagi mengurangkan konsentrasi wap ammonia yang terbocor."

SCDF selanjutnya menyatakan bahawa orang ramai dipindahkan dari lantai enam dan tiada kecederaan dilaporkan.

"Insiden hazmat terhad kepada premis," tambah SCDF. "Pakar bahan berbahaya SCDF sedang menyekat sumber kebocoran gas itu."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan