SCDF jalani latihan operasi serangan kimia jelang NDP
Para pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) 'menyerbu' Padang awal pagi tadi (24 Jul) dalam simulasi serangan kimia.
SINGAPURA: Para pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) 'menyerbu' Padang awal pagi tadi (24 Jul) dalam simulasi serangan kimia.
Latihan itu adalah persiapan untuk Perbarisan Hari Kebangsaan yang bakal diadakan di Padang pada 9 Ogos.
Latihan yang dijalankan termasuk mengenal pasti bahan kimia di kawasan tempat duduk dan mengambil sampel untuk dianalisis oleh para pegawai Hazmat.
Para 'mangsa' terlibat diberi pelitup muka yang menyaring bahan kimia berbahaya. Mereka kemudian dibantu untuk mengeluarkan bahan kimia yang mereka terhidu dan diberi pertolongan cemas.
Latihan tahun ini melibatkan 400 peserta dan 42 kenderaan kecemasan daripada SCDF, polis, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Kementerian Kesihatan (MOH).
Pihak SCDF menyatakan Padang adalah tempat khas untuk banyak acara tetapi ia juga menimbulkan cabaran-cabaran tertentu.
Banyak acara bersejarah sudahpun diadakan di Padang termasuk Perbarisan Hari Kebangsaan pertama negara pada tahun 1966.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.