SCDF hantar kontinjen, bantu mangsa empangan runtuh di Laos
Sebuah Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) seramai 17 anggota berlepas ke Laos pagi ini (3 Ogos) untuk membantu dengan usaha bantuan di Attapeu menyusuli runtuhan empangan hidrokuasa Xe Pian-Xe Namnoy, 23 Julai lalu.
SINGAPURA: Sebuah Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) seramai 17 anggota berlepas ke Laos pagi ini (3 Ogos) untuk membantu dengan usaha bantuan di Attapeu menyusuli runtuhan empangan hidrokuasa Xe Pian-Xe Namnoy, 23 Julai lalu.
Kontinjen Operation Lionheart itu yang siap siaga 24 jam untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada negara-negara yang terjejas oleh bencana alam berangkat dari Pangkalan Udara Paya Lebar pada 7.00 pagi dengan menaiki dua pesawat C-130 Angkatan Udara Republik Singapura, menurut kenyataan media SCDF.
Dipimpin oleh Mejar Seloterio Euan Izmal, kontingen itu terdiri daripada sembilan pegawai Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (DART), empat pakar usaha menyelamat dan kebakaran, dua pegawai operasi, seorang paramedik dan seorang lagi pegawai sokongan teknikal.
"Apabila tiba di Laos, kontinjen ini akan bekerja rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat di wilayah Attapeu," menurut SCDF.
Bagi menyokong kerja-kerja operasi di sana, SCDF akan menggunakan kenderaan pengangkutan dan alat-alat mencari dan menyelamat yang khas.
Sekurang-kurangnya 26 orang terkorban dengan ratusan lagi yang hilang akibat kejadian itu. Lagi 6,600 orang terpaksa dipindahkan.
Ini merupakan kerahan Operation Lionheart yang ke-17 ke luar negara sejak 1990, menurut SCDF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.