SCDF berjaya padamkan kebakaran dekat tanah perkuburan Lim Chu Kang
Anggota-anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran belukar dekat Tanah Perkuburan Cina Lim Chu Kang hari ini (5 Mac), selepas bertungkus lumus memadamkan kebakaran itu selama 19 jam.
SINGAPURA: Anggota-anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran belukar dekat Tanah Perkuburan Cina Lim Chu Kang hari ini (5 Mac), selepas bertungkus lumus memadamkan kebakaran itu selama 19 jam.
Ia merupakan salah satu operasi yang memakan masa paling lama yang pernah dijalankan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), yang melibatkan kebakaran belukar, sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Demikian menurut SCDF dalam kemas kini terakhir menerusi catatan Facebooknya pada Selasa (5 Mac).

Operasi sedang giat dijalankan bagi memastikan kebakaran itu benar-benar dapat dipadamkan bagi mencegah sebarang kebakaran daripada tercetus semula akibat cuaca panas.

Secara keseluruhannya, lapan kenderaan kecemasan dan sekitar 52 anggota bomba dikerahkan bagi memadamkan kebakaran itu.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam atas sokongan mereka, serta keprihatinan dan kata-kata perangsang mereka kepada para pegawai barisan hadapan kami," menurut SCDF. "Kata-kata lembut anda merangsang mereka untuk terus bersemangat menghadapi kejadian ini meskipun ia agak mencabar. Terima kasih!"
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.