Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SCDF batalkan rumah terbuka sebagai tanda hormat kepada NSF gugur dalam kebakaran Henderson Road

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Jumaat (9 Dis) mengumumkan bahawa lawatan ke balai bomba di seluruh negara serta Galeri Warisan Pertahanan Awam dan Pusat Kesediaan Kecemasan akan ditutup buat sementara waktu kepada orang ramai.

Ini sebagai tanda hormat kepada anggota bomba Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) yang meninggal dunia menyusuli operasi memadamkan kebakaran di Bukit Merah pada Khamis (8 Dis). 

Menjawab pertanyaan Mediacorp, SCDF menyatakan, "sebagai tanda hormat kepada rakan seperjuangan kami yang meninggal dunia semasa menjalankan misi melindungi dan menyelamatkan nyawa dan harta benda", lawatan ke tempat-tempat berkenaan akan digantung buat sementara waktu. 

Ini menyusuli catatan Facebook SCDF pada awal Jumaat yang menyatakan ia tidak akan mengadakan rumah terbuka mingguannya di semua balai bomba seluruh Singapura pada Sabtu (10 Dis). 

Ini termasuk lawatan ke Galeri Warisan Pertahanan Awam dan Pusat Kesediaan Kecemasan yang terletak di Balai Bomba Central. 

"Mereka yang sudah membuat tempahan di pusat berkenaan akan dihubungi untuk menukar jadual lawatan. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan," menurut SCDF di laman Facebooknya. 

"Satu kemas kini akan dilakukan berhubung penyambungan semula program-program lawatan berkenaan pada masa akan datang.

SCDF pada Khamis turut menukar gambar profilnya di Facebook kepada gambar hitam putih. 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan