Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SCDF bakal pertingkat aplikasi 'myResponder' hujung tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Mar 2023 07:22PM Dikemas Kini : 05 Mar 2023 08:46PM
SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bakal meningkatkan ciri-ciri aplikasi 'myResponder' menjelang akhir tahun ini.

Ini termasuk meluaskan jangkauan isyarat amarannya serta menyertakan fungsi panggilan video.

Aplikasi tersebut memaklumkan sekitar 130,000 Responder Awal Masyarakat atau CFR tentang kecemasan berdekatan mereka, agar dapat bertindak dengan segera.

Encik Daniel Lim, seorang Responder Awal Masyarakat, pernah menyelamatkan seorang penduduk di kawasan kejiranannya, yang diserang sakit jantung.

Beliau yang dimaklumkan tentang kes tersebut menerusi aplikasi 'myResponder', segera bergegas untuk membantu mangsa, dengan menggunakan alat AED, sementara menunggu pasukan SCDF.

Hasil bantuan Encik Lim, mangsa berjaya diselamatkan.

"Kepuasan terbesar adalah saya berjaya memberikan harapan dan senyuman kepada para anggota keluarga yang terjejas," ujar Encik Lim.

Keadaan mungkin berbeza tanpa aplikasi 'myResponder' SCDF.

Sejak dilancarkan pada 2015, kes-kes yang ditangani wira-wira masyarakat itu telah melonjak daripada hanya ratusan, kepada lebih 2,300 sepanjang tahun lalu.

Yang penting, lebih 40 nyawa berjaya diselamatkan.

Kini, SCDF ingin tingkatkan ciri-ciri aplikasi tersebut, agar dapat meningkatkan respons masyarakat kepada insiden-insiden kecemasan.

MHA merancang meletakkan alat pemadam api di lantai bawah setiap dua blok flat HDB.

Ia dijangka memberi manfaat kepada 1.1 juta keluarga dalam tempoh lima tahun akan datang.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan